Rabu, 31 Disember 2014

2014

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah sekejap je da sampai ke penghujung tahun 2014..Dalam banyak-banyak tahun, rase nya tahun ni sebahagian azam gaia banyak yang tercapai walaupun dapat capai betul-betul hujung disember,berbanding taun-taun sudah azam ke mana gaia kemana...Anyway, Alhamdulillah! syukur sangat-sangat..

Terima kasih pada yang memahami, bagi semangat, yang mendoakan gaia..without kamu semua, I don't think, i can get all of what i want...heeeee~

Ada suara-suara cakap pada gaia ''untung la,,itu dapat, itu baru, ini baru, hok satu lagi pun baru''
Masa tu gaia cuma cakap ''Alhamdulillah, syukur rezeki ALLAH yang bagi''.. rezeki melimpah ruah november & disember ni..itu yang sedar, yang tak sedar such as udara, kesihatan, masa, umur yang diberikan selama 23taun hidup kat muka bumi ALLAH ni..

Be a positive person, sebena nya ada gaia bukan la seorang yang positif, tapi bila buka page-page laman sosial yang berunsurkan kata-kata positif makin la kata-kata tu inmum dalam diri..tipu la tak tersasar dalam landasan positif tu, tapi gaia cuba sikit demi sikit.. sampaikan ada cikgu memandu ajar gaia bawa kerete cakap ''Ini kalau failed lagi macam mana?'' (sebab da failed kali pertama, kos yuran lagi, masa lagi, tenaga lagi) gaia jawab, ''tak pe cikgu, kalau gagal ambil jela test lagi, kalau gagal bayar lagi yuran test tu'' (sambil senyum). cikgu memandu tu jawab balik ''saya tak pernah jumpa orang sepositif macam awak''. hahahaha cikgu tu tak tahu gaia ni kelam kelibut sebena nya tapi seboleh nya gaia try jadik positif, ''tak pe cikgu, kalau gagal, ini ujian buat saya''. 


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

AL BAQARAH :286

Tips nak dimurahkan rezeki:
Berzikir
Puasa sunat
Sedekah
Baca Al-Mathurat
Dhuha
Banyak bersyukur
Muhasabah diri
Istikarah (Minta ALLAH yang buat keputusan dalam semua perkara selepas usaha bukan istikharah  hanya minta jodoh ya!)
Tahajjud
Redha
Redha ibu bapa
Berfikiran positif
Bersangka baik
Baca AL-Quran & terjemahan
Dengar ceramah-ceramah agama (tv, video, radio, etc)
Jaga pancaindera dari melakukan maksiat

Terus terang gaia katakan tak semua perkara diatas gaia buat secara consistant tapi Alhamdulillah, ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang, ALLAH Maha Mendengar, Maha Melihat :)


Azam tahun depan sudah gaia senarai pendekkan tapi tula, mudah-mudahan ALLAH makbulkan bukan atas sebab gaia mahu tapi sebab gaia perlu...Ada perbezaan sama ada MAHU & PERLU, MAHU mungkin ALLAH bagi perkara yang gaia minta, tapi dalam masa yang sama kalo gaia tak dapat pun tidak beri mudarat kepada gaia..PERLU pula ALLAH tak bagi apa yang gaia minta tapi ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik walaupun pada permulaan gaia tidak sedar @ nampak hikmah yang ALLAH nak tunjukkan, namun ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berlaku.Banyak sangat perkara yang gaia PERLU daripada MAHU ALLAH bagi pada tahun ni, cuma gaia hanya sedar selepas muhasabah diri, tapi yang eroniknya gaia masih mampu tersenyum lebar, sebab apa? ALLAH pencipta seluruh alam, gaia sebagai hamba-Nya sepatutnya bersyukur dengan apa yang diberi. Macam seorang ibu & bapa mahu kan yang terbaik untuk anak-anak lebih-lebih lagi remaja remaji, nak main ini tak boleh, minta itu tidak dapat, pergaulan dikawal,sebab apa? Ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk mereka..Begitulah juga ALLAH, keep Husnozon :)

TINGGALLAH 2014, MOGA KEKAL DALAM INGATAN
YANG BURUK DISIMPAN, YANG BAIK DITERUSKAN
                                         ^_^ KEEP SMILE


Jumaat, 19 Disember 2014

Bagaimana

Assalamualaikum!

After lame dop menyemak kat blog, finally rajin jugak jari ni nak exercise!

semua sedia maklum, lately ni kalo gaia update pasal kawan2 mostly mesti pasal tunang & kawen, actually bukan tu yang jadi tajuk utama gaia nak bualkan..

Last sunday, my niece bagun dari tido tiba-tiba cakap ''andak, kakak mimpi mama meninggal''... kata orang, bila kita mimpi someone meninggal tanda nya orang tu panjang umo... akan tetapi bukan itu yang gaia nak huraikan, apa yang semakin bermain2 dalam minda ni bila my niece cakap ''lepas mama meninggal, andak yang jaga kita orang adik beradik''... beribu soalan menyerbu dalam hati, soalan yang pertama mestilah gaia ni boleh ke jaga anak orang, kalo sorang tak pe ni 3 kot.. dengan diri sendiri pun tidak terurus lagi nak jaga anak orang...

Gaia:  ''mama meninggal sebab apa?'' ''g kubur mama x?'' ''dalam mimpi  jumpa ayah & nenek tak?''
My niece: ''entah, tahu pun sebab orang yang cakap'' ''cari-cari kuburnya tak jumpe'' ''dalam mimpi tak jumpe ayah & nenek''

Once my niece cakap macam tu teringat kakak gaia cakap dye ade masuk  a few insurans. katanya '' beli insurans ni tak ingat benda lain, ingat kat anak-anak je''.Ye, memang tak dinafikan dengan umur anak sulung yang hanya 13 tahun nak survive hidup macam mana if anything happend to her..Kalo anda-anda yang kerja gov sangat la bertuah, there are a lot of benefit yang bukan sahaja untuk anda tapi juga untuk keluarga, even gaji kecil sekurang-kurang nya anda ada kelebihan yang private sector tiada.. Bukan maksud gaia private sector ni tak bagus, sekurang-sekurang nya salah sorang dalam family government servant it's good enough alhamdulillah..atleast kita boley gunakan benefit tu untuk our parents such as bayar bil perubatan hospital mereka. tak semua orang sentiasa berduit betul tak?

So, kaitan dengan situasi gaia sekarang bilamana kawan-kawan kawen & tunang...kadang-kadang gaia cuba letakkan situasi sesorang dalam diri gaia... what if kalo gaia tunang, kawen, dapat anak then nak urus anak... BAGAIMANA anak-anak if gaia meninggal?? lagi-lagi kalo anak-anak kecil lagi..boley survive ke? siapa yang jaga? terurus ke tidak? bertumbuk bergaduh sesama sendiri ke? Ade sesetengah orang selalu cakap ''gaia think too much'' ''benda tak jadi lagi buat pening kepala fikir''..yang tak jadi tu la yang kena fikir, kalo da jadi baru ternganga mulut ka?? mungkin certain people cakap ''suami ang kan ada''...tu kalo ada, kalo dye pun le-go (meninggal) sama macam cheq apa cita?? Nak harapkan adik beradik yang lain tu kemungkinan besar depa pun akan diserbu pelbagai soalan...yela ,gaia pun soalkan diri sendiri lagikan orang lain, dengan anak-anak depa lagi..Tapi ikatan adik beradik ni aura nya sangat berbeza.. i know it! :)

Pada gaia hidup berkeluarga perlu rancang lebih untuk anak-anak, masa depan mereka...such as prepare akaun simpanan anak-anak, insurans, didik anak berdikari, didikan agama...bilamana kau kejar dunia, akhirat tetinggal dibelakang tapi jika akhirat yang kau kejar, dunia akan mengikut dibelakang...acecehh,, cakap macam da kawen pulokk...tapi itu la hakikat nya...

KITA MERANCANG, ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG    
ALLAH MENGETAHUI TIAP SESUATU YANG BERLAKU
                                KEEP SMILE ^_^




Selasa, 30 September 2014

Pergi

Assalamualaikum...

Baru-baru ni gaia dikejutkan dengan berita pemergian sorang kawan sekola yang tidak rapat..
Mase form 5 dulu kami sebelah kelas je...Arwah 5 Dedikasi, gaia 5 Cemerlang, lelaki... kenal pun sebab selalu lepaking kat kelas 5D time cikgu takde kat 2-2 kelas tu..kami kongsi cikgu untuk subjek pendidikan jasmani ( dengan student perempuan je ) & Pendidikan Islam ( semua student 5C & student lelaki 5D ) .. Majoriti student 5C ni chinese, so kena la melukut kat kelas orang tuk study subjek pendidikan islam, tapi kelas pendidikan islam tu kami turun kat surau sebab bila da campur tolak darab bahagi semua alasan, surau tempat yang terbaik sebab yang pertama dekat dengan bilik guru senang la cikgu ( tak panggil ustazah pun sebab cikgu ni sempoi giler! ) nak datang, yang kedua pulak student boleh la sambil cuci mata sikit tengok pokok ke, tengok tukang kebun ke, buat lawatan sambil belajar ke toilet ke,jalan jauh sikit tak pe, exercise kata nya, pendek kata banyak kelebihan kepada student dari cikgu...heeeee~~

Pintu kelas 5D betul-betul depan tangga hujung bangunan, bila nak balek je sudah semestinya gaia kena lalu kelas depa, nak lalu tangga hok satu lagi tu jauh sangat.. arwah dengan kawan2 selalu lepak kat hujung tembok kelas dia.. setiap kali nampak gaia nak balik turun tangga je mesti dia cakap '' Gaia, kirim salam kat adik'' sambil senyum tayang gigi,, kawan2 dye pun ulang benda yang sama.. berhari jugak dok jadik posmen cakap kat adik,,, sampai bosan dengar..yela, dok kirim salam kat adik, kakak nya pun bengkek la, tak de ke yang nak kirim salam...hahahahaha

Last gaia jumpa arwah masa kawan arwah kelas 5D jugak buat makan2 bulan raya taun lepas taw, bukan taun ni.. kira open house la tapi untuk kawan geng form 6 tapi gaia bukan dari form 6,, lepas balik kerja gaia terus singgah kebetulan memang laluan tempat kerja , jadik da orang jemput makan, ape lagi mencekik la ye tak? dok makan sembang sekejap, selfie bagai..gaia nak balik la sebab kebanyakkan tetamu yang dijemput memang rumah dekat-dekat ja.. so berangkat la sebelum kena halau dengan tuan rumah, bila gaia cakap ''korang, balik dulu la ye!'', ''Balik tu hati-hati''.. terkedu sekejap, gaia siap toleh, nak cari la suara siapa tu.. honestly gaia memang tak de borak2 sangat kawan2 lelaki yang datang mase tu..orang makan, gaia makan, orang gelak, gaia ikut gelak..actually gaia tak bergaul sangat dengan geng2 lelaki form 6..yela majoriti bukan ex-classmate from 5...lastly baru tahu arwah cakap dengan muka selamba tak pandang pun kat gaia, tak macam selalu senyum tayang gigi...tulah last word yang gaia dengar dari mulut arwah..

Hari sabtu baru-baru ni, tergerak hati nak bukak facebook, tengok kat news feed rata-rata kawan form 6 post mengenai kematian arwah, excident dekat highway pagoh dari putrajaya ke ayer hitam..bila gaia bukak facebok arwah, baca satu persatu post kawan, sungguh...... sebak rasa, menangis tipu la tak...gaia pun tak tahu, nak kata rapat tidak... mungkin peribadi arwah seorang yang ceria, peramah & suka tersenyum tu membuatkan gaia rasa kehilangan..Bila gaia cakap kat adik pasal arwah, adik pun terkejut, ''Bukan yang dulu selalu main kirim salam tu ke?'' ya ya ya ya...he's that one guy...

Dengar dari orang, yang arwah ni hampir tamat praktikal,, lulusan UMS... dulu ada gaia dengar cerita dari kawan-kawan yang lain, arwah & sorang kawan lagi dapat universiti yang sama, tapi course berbeza, depa dok pakat kongsi duit nak beli motor sebab senang nak jalan-jalan kat sane, yela Sabah kot..cuti panjang je baru boleh balik kampung, takat cuti pendek tak kan nak duduk kat kolej je...sehari dua boley la..ni kalo bertahun-tahun mungkin tidak... Masa hari kebumikan kan jenazah, kata nya ayah arwah menangis sampai tersedu-sedu,, bapa mana yang tak sedih, harapan melihat anak yang diharapkan bakal memegang ijazah bulan november ni hilang sekelip mata..bapa mana yang tak sedih, anak bongsu lelaki tunggal dalam keluarga..bapa mana yang tak sedih anak yang sangat melebihkan keluarga dari segala nya... Pada gaia arwah memang sangat baik, walaupun kenal gitu-gitu je.. Ternyata ALLAH lebih sayangkan dia.

Gaia tak de la nak cakap gaia pandai sangat tapi bila orang yang kita sayang atau terdekat ni pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya bukan senang nak bangkit..

Antara tips yang gaia sendiri praktik kan:
1) Bacaan yasin
2) i)   AL-Fatihah
    ii)  AL-Ikhlas 3kali
    iii) AL- Falaq
    iv) AN-Nas
3) Baca surah favorite si mati atau surah yang mengingatkan kita pada si mati
4) Istighfar
5) Zikir
7) Doa : minta kat ALLAH hati ni lebih kuat dari dulu
8) The most important thing is elakkan duduk sorang-sorang, sebab lagi banyak masa kita akan duk melangut & menangis

Mengingati mati ni pun dapat pahala...sometimes gaia ada terfikir bagaimana pengakhiran hidup gaia ni, Husnul Khatimah @ Su'ul Khatimah.. bagaimana dengan waris-waris yang gaia tinggalkan, sama ada mereka ni sudah cukup diisi dengan ilmu kehidupan dunia akhirat yang membantu gaia atau turut mengheret gaia di muka pengadilan kelak?  Ya ALLAH, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga & Jauhkanlah kami dari Api neraka. Ameen!

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI

                          KEEP SMILE ^_^





Rabu, 13 Ogos 2014

Macam Macam Ada!!

Assalamualaikum!

Puasa suda raya pun suda...dikesempatan ini gaia nak mintak ampun & maap kalo ada terlajak taip perkataan kat blog ni ye..yang mane rase sangat-sangat terkesan tu sebena nya kesemua yang gaia tulis lebih tuju kepada gaia sendiri.. :)

okehh,,, awal-awal raya lagi ada kawan poli melaka buat kenduri kawen,, ex-civil engineering student tapi tak boley attend sebab yang pertama jauh dan yang kedua awatla ang wat time raya dik nonn oii, ambo cuty raye dop lame...bhahahaha well, sangat biasa warga pantai timur buat kenduri kawen time-time raye sebab kebanyakkan rakyat kelahiran negeri tersebut adalah perantau..tu la antara masa depa nak gathering...tapi...taun ni macam ada kelainan sedikit sebab belah-belah selatan ni pun macam da terikut-ikut dengan budaya mereka..ke sebab dulu-dulu umur gaia ni tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan , yola dulu budak lagi..sekarang ni remaja la sikit...heeeee~~serious, kawan gaia adalah 3 orang yang wat majlis kawen, hok tu tak masuk majlis tunang..ermmm tak yah kabo lerrr..siap ex-lecturer poli melaka pun tunang jugak..tahniah korang! tahniah encik! semoga ke 'next step' ye!!

Cerita pasal kawan kawen, apa yang mengejutkan kan gaia bila wakil kelas gaia kat PSA a.k.a poli shah alam da kawen!! oke2, mana tak terkejut.. wakil kelas gaia ni skema, kalo duduk kat dewan kuliah ke kat bilik kuliah mesti duduk depan, geng-geng pusat islam (surau kat poli), tak banyak cakap, senyum jek manjang, apa lecturer suruh 'enggeh' ja (ikut ja), susah sangat nak tengok dye naik hangin, kadang-kadang gaia pun suka buli dye,, yela kiteorang ni banyak sangat mengelat.. lecturer lambat masuk 10 minit da sibuk suruh wakil kelas pi check ke batal ke x.. kelas batal la hari paling syok sedunia yek x? tapi bila nak ganti kelas kemain, macam-macam alasan, nak balik kampung la, ada clash dengan subjek lain la...student life faham-faham jela heeee~~~ majlis akad nikah yang sangat simple (ni kes stalk kat fb) , yang sederhana tu lebih baik, ada lebih boleh buat lebih... gaia doakan semoga bahagia hingga ke syurga la ye!

Next! baru-baru ni result UPU da boley semak, batch gaia diploma integrasi ada dapat UNIMAS, ex-housemate merangkap ex-roomate electrical engineering student dapat UTEM, ada sorang lagi tu dapat UPNM & UTHM.. gaia dapat jugak, U dekat rumah sendirik jekkk, sendiri jadik student, sendiri jadik lecturer...hahaha...tak apply pun, dulu kemain excited amek MUET, lagi awal dari roomate tapi macam fobia pun ada masa mengadap exam diploma dulu,, yela makin tinggi tahap pendidikan makin gigih usaha untuk berjaya..ha hammmbekk juara hipotesis sains darjah 5 da start enjin da!! Okeyh selamat berjihad korang!

Then, ada kawan yang kawen taun lepas sudah preggy! wah tahniah3! ada 1 lagi berita bagi sesiapa yang pernah baca entri gaia yang ni Walimatul urus akak ni sudah bersalin dipenghujung ramadhan tapi dengar-dengar cerita dari orang terdekat baby ada terkena jangkitan kuman,,, ada jugak tengok gamba baby kat fb, comel sangat tapi kesian sebab baby tu kena operate kata nya masuk air ke kiri kepala,, lepas seminggu belah kanan pulak..kesian sangat sebab ibunya sudah balik rumah tapi baby still kena tahan kat wad...mohon sesiapa yang baca entry ni doakan untuk baby akak ni ye...mudah-mudahkan baby tu cepat sihat, Ameen!


       #UNIVERSITI KEHIDUPAN#

                       KEEP SMILE ^_^

Ahad, 8 Jun 2014

Fidyah

Assalamualaikum & Good morning semua!!

Memandangkan sudah masuk bulan sya'ban, next month ramdhan bagi sesiapa yang ada hutang puasa atau bayaran fidyah langsaikan segera ye! bagi anak-anak yang rasa ibu bapa mereka ada hutang fidiah tu kalo tolong langsaikan pun bagus juga..

Disini gaia ada serta kan link  Golongan yang dikenakan fidyah, klik je kat situ ye.. tapi dari portal negeri johor dan ini pulak Contoh permasalahan fidyah.. korang kena baca da fahamkan betul-betul  segala permasalahan tu yang mana satu permasalahan berkaitan dengan korang sebab senang nak buat pembayaran kat majlis agama nanti... sebagai contoh permasalahan 2 dan permasalahan 4, apa beza nye?nampak sama je bila baca sekali imbas tapi cara pengiraan adalah lain diatas sebab tertentu.. kalo rasa confius atau tak sure, better rujuk terus kat majlis agama face to face.. dari tersalah kemudian baik salah sekarang..kat majlis agama nanti pegawai tu akan tanya berapa hari si mati tinggal kan puasa, atau sebab apa tinggal puasa, berapa hari tinggal puasa dan pengawai tu akan tunjukkan cara pengiraan yang tepat.

Bayaran fidyah ni wajib lakukan apabila si mati ada tinggalkan harta melebihi keperluan waris, if bayaran fidyah tu lagi banyak dari harta yang ditinggalkan, maka waris hanya perlu bayar setakat tinggalan harta tersebut, akan tetapi jika waris nak teruskan pembayaran fidyah sehingga selesai adalah lagi baik..  Bayaran fidyah boleh dilakukan secara ansuran ataupun secara penuh..Jadi kalo yang kita ni nak tinggal puasa secara sengaja atau tak ganti puasa secara sengaja kena la beringat sebab bila kita mati ni 3 perkara je yang tinggal :

1) sedekah jariah
2) ilmu yang bermanfaat
3) doa anak yang soleh

masa tu kita da mati, tinggal la anak atau waris yang boleh langsaikan bayaran tersebut.. cuma adakah anak atau waris tu telah kita tinggalkan mereka dengan ilmu yang bermanfaat yang boleh membantu si mati itu sendiri..


DUNIA NAMPAK INDAH NAMUN AKHIRAT LEBIH NYATA INDAHNYA

                             KEEP SMILE ^_^


Sabtu, 7 Jun 2014

Rindu

Assalamualaikum!

Macam da lama tak update cerita kat blog ni...bukak je selalu, ada idea tapi penyakit ''MIM'' nye tu kemain tebal...hari ni macam rindu sangat, bukan ari ni je tapi boleh dikatakan hari-hari rindu! rindu zaman belaja, rindu kawan-kawan, rindu assignment, rindu lecturer, rindu rumah sewa, pendek kata rindu semua benda yang berkaitan dengan belajar..

Bila da tinggal kan zaman belaja. masing-masing BFF ikut haluan yang lain... ada yang dapat offer further study, ade yang da ade ''NEXT STEP'' ehemm3 la ape lagi kan! masa ni makin lama makin tinggal kan kita...rasa macam baru je abes belaja...bila hitung balik da 2taun da...kejap je rasa...

Dulu kawan gaia cakap bila kita mimpi seseorang tu, makna nya orang tu teringat atau rindu kat kita.. tak tau nak kata apala nak percaya pun tak sure, tak percaya pun macam betul je.. sebab kadang-kadang hati ni terdetik rindu kat someone kawan tu, nanti tiba-tiba kawan tu call ke msg atau menggunakan alat penghubung yang bersamaan waktu dengan nya tanya khabar gaia.. lebih kurang ikut ''deria ke-6'' kot.. yang pasal bulu mata jatuh tu pun orang lain ada kaitkan dengan rindu..  bunyi macam kelakar tapi rasa nya akar bulu mata tu tak cukup kuat atau memang da tiba masa bulu mata tu gugur macam rambut...hahahahahaha fakta yang sangat saintifik gaia!!


SETIAP KERINDUAN DATANG NYA DARI KENANGAN

                  KEEP SMILE ^_^








Selasa, 11 Mac 2014

Setahun bertambah & hampir setahun

Bismillah, alhamdulillah..

Pejam celik, pejam celik setahun bertambah and hampir setahun... errr apa yang bertambah? oke, yang bertambah setahun tu umur...setiap kali masuk tahun baru mestilah umur pun makin bertambah kalo makin berkurang or mantain, nampak beno nipunyeeee kan~~ dan yang hampir setahun tu tempoh masa gaia keje kat tempat keje sekarang...siapa sangka kan? masa mula-mula masuk keje dulu gaia estimate boleh bertahan sekejap je..biasa la fresh graduate mana tahan cabaran!

Bila tengok staff-staff yang keje kat situ,gaia terbayangkan mereka cari rezeki untuk keluarga membanting tulang 4 kerat. Ada sedikit keinsafan disitu. Apa yang jadi penguat semangat gaia biler ade staff ni kira adik-adik la, ada STPM pun boleh tahan setahun tak kan gaia yang diploma holder ni tahan se ary dua je... Come on la gaia!! sahut cabaran sikit!

Sembang-sembang beberapa bulan yang lepas:

Gaia: da keja 9 bulan, kalo ikutkan lama la kan? da sama macam orang pregnant 9 bulan tinggal tunggu hari je. mesti orang yang pregnant tu letih kan duk bawa perut ke sana sini?

Kakak: Angah keje 16 tahun, tak rase lame pun? rase kejap je.. (since 1997, gaia time tu tadika lagi kot!)

Gaia : lama la 9 bulan tu.

Kakak: Selama 9 bulan tu pi keja niat sebab apa? suka-suka, isi masa lapang? Niat tu kena betul, lepas tu fikir kalo orang yang pregnant memang penat tapi lepas 9 bulan tu apa yang dia dapat? (baby yang cute!!hehehe, ganjaran para ibu pasti ada)

Gaia : eerr..kadang-kadang je betul, yang lain banyak terpesong :P

Ouh ya ni gaia nak share tips dari kawan gaia untuk kawan-kawan yang nak cari keja tu..

1)post resume & cover letter kat mana-mana company yang dia suka
2)dekat sampul surat atas belah kiri tulis ''ANY POSITION''
3)post kat alamat HQ adalah lebih baik sebab HQ tahu kekosongan jawatan di cawangan lain (dalam kes kawan gaia ni HQ Public Bank tu call tanya nak tak keje kat cawangan yang ada kekosongan jawatan tu untuk datang interview), kalo post berdekatan dengan kawasan kita pun boleh, means cawangan company tu hanya akan panggil bila ada kosong kat cawangan itu je. so sekarang kawan gaia tu da keja dekat public bank since taun lepas lagi..

mungkin ada yang da cuba tips ni, korunk boleh cuba cari kerja kat internet contohnya kat Job Street , Jobs Malaysia & mudah.my tapi gaia prefer Job Street sebab depa anta email ary-ary dok suggest keja mana yang elok. jawatankosongmalaysia.my yang ni link dari facebook, try la search link-link macam ni kat facebook :)

kawan-kawan yang tak dapat keje lagi walaupun da bermacam ikhtiar diharap banyak-banyak kan bersabar ye.. Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar.. pandang sesuatu yang berlaku tu dengan penuh hikmah In Shaa ALLAH cepat atau lambat dapat la keje tu.. yang penting D.U.I.T

D = doa
U = usaha
I = ikhtiar
T = tawakal

oke, nampak macam klise kan? kenapa kena guna konsep D.U.I.T? macam lapuk je.. gaia beri satu contoh, kalo kita lapa duduk atas kerusi tu depan meja makan yang kosong tutup mata lepas tu juz imagine kat kepala ni nak makan nasi putih, ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, telur dadar, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, jus buah gelas besar sambil tunggu air sampai makan otak-otak pulak...agak-agak la kan biler bukak mata semua makanan & minuman tu terus ada depan mata? mesti tak kan... kena order dulu baru dapat kan?..macam tu la jugak dengan situasi ni, kita nak macam-macam tapi ade usaha tak? ada minta pada yang Yang Esa tak?

Mostly fresh graduate ni akan rasa tak comfort and mula la berfikir nak berhenti, cari kerja lain. It's normal, mungkin tak serasi , job position tu tak related dengan course yang kita belajar , kalo relate pun mungkin tak minat, enviroment yang tak best, and so on.. ada yang berhenti after got offer job yang dirasakan sesuai and ada yang masih lagi bertahan sebab if keja yang akan datang tu tak comfort nak berhenti lagi ke? biasa nya orang ni tak nak ambil risiko la..bagi mereka mana-mana tempat semua sama je, sedikit sebanyak ada pahit nya.. pada yang nak cuba tuka angin try stick for a few month ataupun tetapkan satu tempoh masa 6 bulan @ setahun untuk cuba sesuaikan diri, kot-kot la serasi..if rasa 'can not go' just quit and find other job.. sekurang-kurang nya kita cuba, sekurang-kurang nya kita cabar diri kita..

Orang sekeliling cuba support selagi boleh, mereka-mereka ni senang rasa down.. syor kan tempat-tempat yang ada jawatan kosong yang anda tahu & bagi kata-kata semangat.. bukan senang nak senang right?

Orang yang letih pulang dari kerja jangan mengeluh kerana penat lelah pulang dari kerja dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.. 

Dalam setahun yang bertambah tu gaia banyak belajar errr bukan ilmu ghaib ye ilmu tu tak ghaib cuma dulu mata ni macam nampak benda tu ghaib mungkin kali ni hati & akal turut sama membantu.. Dalam hidup ni kita sentiasa belajar & belajar :)


KEEP HUSNUDZON , KEEP HONESTY , KEEP GRATEFUL
                    &  KEEP SMILE ^_^

          





Isnin, 17 Februari 2014

Johor's Famous Amos Food!

Assalamualaikum!

Gaia try google punye google makanan yang best best kat johor ni ..hurmmm nampak nya macam kena tuka ic negeri lain jekkk... banyak bebeno blur biler bace nama makanan ni... Familiar dengan fast food je kan..hahaha yang biasa denga tu

1) Laksa
2) Otak-otak
3) Roti jala
4) Mee Bandung
5) telur pindang
6) Nasi beriani gam
7) Nasi ambeng (perghh sedap!)

banyak bebeno leeerrr ce tengok kat sini , link ni kalo bukak confirm la makanan ni best tapi kalo google yang ade gamba lagi ngences-ngences habaq ang! Ada makanan ni name dye Arisa sebab macam tak pernah dengar pun sebelum ni, sekali tengok macam nama orang so, gaia dok la google perkataan ''Arisa'' tengok tengok keluar gamba kartun..sudahh!! tak kan lauk kartun pulak ye dak? Then, gaia type ''ARISA MAKANAN JOHOR'' baru la jumpe..hok alohhhh kena type penuh rupa nye..

Lontong pun rase nye jumpe kat joho jerkkk kecuali hari raye betul tak??...dulu masa gaia keja & belaja luar joho memang tak jumpe...mimpi jela kalo ade orang jual , kalo da kepingin sangat kene buat sendirian berhad...Pernah dengar nama makanan lontong goreng? ni pun rasenye johorean jela kot yang selalu makan, ketupat tu rebus macam biasa lepas tu tunggu sejuk potong sama macam lontong tu tapi kena prepare bahan-bahan untuk masak nasi goreng (bawang, bilis, garam,lada kering) letak la nak letak apa pun, sayur, udang, sotong & so on...then last skali baru letak ketupat yang da potong tu...maap ye gaia kalo nak letak gamba lontong goreng buatan sendiri memang tak la kan...upah bibik je! heeeeee~~ nak resipi & gamba klik sini

Donut sambal or donut pedas pun macam kat joho je yang ada..kuih ni cara nak buat sama jek dengan donut sira gula tapi disira dengan sambal tumis la kalo lebih lada kering tambah gula sikit perah air asam jawa banyak sikit baru ada rasa pedas masam manis ..biar sambal garing pastu baru masuk kan donut.. klik sini

Pisang goreng pun kalo ada yang perasan kat joho ni bila beli mesti penjual tu bagi sambal kicap kan??tapi bila beli luar kawasan joho,, kadang-kadang penjual bagi sos kadang-kadang beli pisang goreng semata je...hahaha Lain padang, lain belalang right? kalo melaka yang gaia rasa best nasi ayam bebola kat Melaka Sentral & semestinye coconut shake dekat dengan futsal klebang tepi jalan....beratur panjang!! Hurrmm shah alam yang best ABC seksyen 2 power rangers colour pink! sangat dekat dengan UITM Shah Alam, ada 1 kedai mamak tak silap jual nasi lemak waktu malam tapi gaia tak ingat nama kedai tu yang pasti kalo lalu seksyen 13 dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) jalan straight sampai jumpe Space u8 jalan depan sikit belok kanan lepas tu jalan straight lagi kedai makan tu belah kiri... superbbb sedap! kedai makan dekat KTM Bt. 3 tu best jugakk..Depan apartment jaya  seksyen 13 tu ade 1 lori putih jual makanan pun sedap bau ayam goreng dye je da menusuk perut....owner mamak mix malay~~

See, kat ic je orang joho tapi hakikat nya idok nye begitu... dok teringat makanan kat negeri orang pulak..hahahaha need to explore more about johorean's food kalo tak buang negeri la gaia...heeee~~~



HUJAN EMAS DINEGERI ORANG,
HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI.


                                                 KEEP SMILE ^_^






Jumaat, 31 Januari 2014

5C's

Assalamualaikum!

Selamat pagi, semua sedia maklum biasa nya time raya cina cuti panjang ni la ramai orang nak buat kenduri kawen la, majlis tunang la kan sebab ape? sebab time ni la boley gathering dengan adik beradik & saudara mara. Gaia pun tak terkecuali dapat jemputan untuk memenuhi masa lapang sepanjang cuti ni. Hukum menghadiri jamuan @ majlis seperti ini adalah wajib hadir sekiranya tidak ada terdapat apa-apa keuzuran. Akan tetapi jika terdapat unsur-unsur yang melalaikan boleh baca info lain lebih lanjut

''Apabila kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu telah selesai makan maka cepat-cepatlah keluar'' (Surah Al Azhab : 53)

Buat bakal-bakal pengantin tu semoga semua nya berjalan dengan lancar & hubungan kalian kekal till Jannah! Ameen :) . Ada something yang gaia baru tahu itu pun tahun lepas after borak-borak dengan seseorang... Ni gaia carik kat Wikipedia 5C's  ialah jangka yang berkaitan dengan kebendaan. Ia timbul sebagai satu jenaka popular berdasarkan kebenaran tertentu yang membuktikan etos budaya Singapura yang tidak dinyatakan obsesi materialistik dan aspirasi untuk mencapai perkara-perkara ini untuk menarik perhatian orang lain, kedua-dua dari segi sosial, ekonomi dan sosiologi.

1) Car
2) Cash
3) Card Credit (Gold)
4) Condominium
5) Career / Country Club Membership

5'C ni boleh dikategori kan sebagai bench mark yang perlu ada pada seseorang untuk dijadikan teman hidup. Itu dari sudut pandangan lain, disini ada lagi satu sudut pandangan terutamanya bagi orang islam dalam pemilihan suami isteri berdasarkan dalil

1) Beriman menjadi dasar pilihan

''Dan janganlah kamu berkhawin dengan perempuan-perempuan musyrikin sehingga mereka beriman'' (Surah Al-Baqarah : 221)

''Dan janganlah berpegang pertalian dengan perempuan-perempuan yang tidak beriman'' (Surah Al-Mumtahanah : 10)

2) Teguh pegangan agama

''Sesungguhnya perempuan itu dikhawini disebabkan empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama nescaya berkatlah tanamanmu (hidupmu)'' (HR Bukhari dan Muslim)

3) Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah

''Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa'' (HR Ibnu Hibban)

4) Berakhlak mulia dan bermaruah

''Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkhawin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkhawin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkhawinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman'' (Surah An Nur : 3)

5) Setaraf atau kufu

''Pilihlah untuk keturunan kamu dan khawinlah orang yang kufu'' (Al Hadith)

6) Keturunan yang soleh

''Pilihlah untuk keturunan kamu daripada keturunan yang terdidik dikalangan keluarga yang soleh kerana sesungguhnya akhlak ibubapa itu lahir kepada anak cucunya.'' (Al Hadith)

7) Penyayang, sihat dan berpotensi untuk melahirkan anak

''Berkhawinlah dengan perempuan yang pengasih dan kerap beranak.'' (HR Abu Daud dan Al Nasa'i)

Pensyarah gaia pernah cakap yang perlu ada dalam diri seseorang itu ialah ATTITUDE even
GENIUS & HARDWORKING pun tak boleh challenge, nak tahu kenapa? ok Cer tambahkan semua huruf-huruf tu

A=1 B=2 C=3 D=4 E=5 F=6 G=7 H=8 I=9 J=10 K=11 L=12 M=13 N=14 O=15 P=16 Q=17 R=18 S=19 T=20 U=21 V=22 W=23 X=24 Y=25 Z=26

ATTITUDE = 1+20+20+9+20+21+4+5
                   = 100

HARDWORKING = 8+1+18+4+23+15+18+11+9+14+7
                            = 128

GENIUS = 7+4+14+9+21+19
              = 74

Sikap yang paling terpenting dalam diri seseorang yang terkadang boleh ubah bukan sahaja diri sendiri bahkan orang lain. Biasanya penilaian ni markah yang paling tinggi pun 100. If less than 100 it's normal la kan but if more than 100 it's must be something wrong somewhere right? Tapi dengan izin ALLAH anything can happen :) .

Turn gaia bile?? Doakan jela yang terbaik untuk gaia ni ye.. Muda-muda ni fokus on career je dulu :) Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya,, perbaiki diri dulu baru berangan cari yang baik ye gaia! Utamakan yang utama means yourself and people around you especially family.. Apa pun yang kita lakukan restu mereka lebih penting kan? Khawin itu tidak pasti tapi mati itu sudah pasti! So, much better prepare yang sudah pasti tu kan.. Bak kata orang tua-tua ''Kalo jodoh tak kemana'' kalo orang yang kita anggap bakal jodoh tu ada kemana-mana maksudnya bukan jodoh kita la tuh...hehehehe.. Jika tidak jumpa jodoh itu di dunia, di akhirat pasti ada :)

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin : 36 )


PERKHAWINAN  BUKAN SETAKAT HUBUNGAN DUA HATI,
AKAN TETAPI  BERKHAWIN DENGAN KEKURANGAN PASANGAN  & JUGA KELUARGA  PASANGAN,
SERTA SANGGUP BERKONGSI SUKA MAHUPUN DUKA,
YANG TERPENTING AJARAN ISLAM MENJADI IKUTAN,
MAKA AKAN LAHIRLAH KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH.



                                                                             KEEP SMILE  ^_^


Ahad, 19 Januari 2014

SJK (C)

Assalamualaikum!

Happy sunday everyone...ada beberapa info yang gaia nak kongsi pasal SJK (C),, ape bende tu?? aaa ni la cek nak habaq mai kat ang pa..Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina),, kat tempat gaia ni gaia perasan since sekolah rendah lagi ada sesetengah masyarakat melayu yang hantar anak-anak dyeowg pi mengaji kat sekola jenis kebangsaan ni..Ada kawan gaia yang sama batch dengan gaia pun pi mengaji kat sana, bukan dye je tapi adik beradik dye pun same..Actually bagus sebenar nya kita pandai 3rd language selain bahasa melayu & English tak de la kita kena tipu ke hape bila ada buat urusan apa-apa dengan orang lain, event kat university pon kena amek 3rd language jugak kan,, so tak salah kalau nak tambah bahasa yang sedia ada tu jadi lebih banyak.. Tahu banyak bahasa ni pun berikan banyak advantange lebih-lebih lagi masa nak cari kerja dengan syarikat swasta.

Ada satu masa tu entah macam mana borak-borak boley terkeluar tajuk ni dengan beberapa orang chinese, so ni la masa nya nak korek jawapan yang da lama berguling-guling dalam kelapa otak ni..heeeee~~

Soalan: tak rasa susah ke budak-budak nak adapt kan diri dia dengan bahasa yang dia tak paham? means, yela kat rumah family cakap bahasa melayu, kat sekolah kena kawan-kawan & cikgu cakap bahasa cina.

Jawapan: Mula-mula daftarkan masuk tadika @ taska cina, jangan tiba-tiba terus daftar masuk darjah satu & paling sesuai daftarkan bila budak-budak berumur 3tahun ke atas.

Soalan: Budak-budak 3tahun oke ke? takut-takut wayar jadi sort sebab terkejut.

Jawapan: Tak lah, budak-budak ni lagi cepat belajar dari kawan-kawan, learning something new cabaran yang paling best bagi mereka.Kat situ ada pembantu cikgu orang melayu (Ermm macam tahu-tahu je gaia nak tanya pasal tu, yela biasa nya pembantu ni keje nya masak untuk budak-budak kan, so kena amek tahu jugak halal haram tapi tu kat tempat gaia, kalo tempat lain kena survey dulu yerrk kalo pembantu pun chinese jugak bawak kan bekal untuk mereka yang tu confirm selamat!)

Sepupu gaia pun anak dye sekolah SJK (C) (tak ada background ex-student SJK (C) either mak Or ayah.), so try continue research soalan kat atas tu.hehehe

Soalan: Yang sulung tu sekolah cina ea? Memang budak tu nak ke family yang suruh?

Jawapan: A'ahh, budak yang nak, kami tak paksa pun. Yang no.2 tu nak sekolah biasa je sebab dye takut tengok keje sekolah abang dye banyak sangat (parents yang bagus! budak-budak sekarang ada pilihan sendiri, yang mana support anak-anak tu bagus la..tang keje tu sekola tu memang tak dapat nafikan kadang-kadang dyeowg kena attend tuisyen...yela nak yang terbaik kan mesti la ada pengorbanan & usaha lebih sikit)

Soalan: Dulu hantar masuk tadika cina awal eh? kat rumah cakap bahasa melayu je kan?

Jawapan: A'ah, dalam umur 3tahun macam tu, kat rumah memang cakap bahasa melayu (da tu nak cakap bahasa korea ke gaia?hahahaha )

Soalan: Tak pe ke masuk sekolah awal? Habes tu macam mana dye nak buat keje sekolah kalo tak paham?

Jawapan: Budak-budak ni bila dah jumpa kawan-kawan cepat je belajar, lagi masuk sekola awal lagi bagus..bila tak paham nak buat kerja tu dia pergi rumah kawan dekat-dekat sini. parent kawan dye pun tak pernah sekola cina..tapi kawan dye memang pandai kat sekola dapat no.2.

Dulu kawan gaia yang sama batch ni pernah cakap dyeowg ada belajar subjek agama islam, once a week ada ustazah datang mengajar kat sekolah..gaia kenal kawan gaia ni bukan kat SJK (C) tapi kat sekolah agama, sesi pagi masing-masing dengan SK (Sekolah Kebangsaan) & SJK (C) tapi sesi petang kami pi mengaji kat sekolah agama..tak ada beza cuma dye tahu lebih 1 bahasa..Bak kata pepatah menuntut Ilmu hingga ke negara China, tak sampai ke China paham bahasa negara tu pun jadi la kan..heeee~~



DUNIA DAPAT AKHIRAT PUN DAPAT


                   KEEP SMILE ^_^