Jumaat, 31 Januari 2014

5C's

Assalamualaikum!

Selamat pagi, semua sedia maklum biasa nya time raya cina cuti panjang ni la ramai orang nak buat kenduri kawen la, majlis tunang la kan sebab ape? sebab time ni la boley gathering dengan adik beradik & saudara mara. Gaia pun tak terkecuali dapat jemputan untuk memenuhi masa lapang sepanjang cuti ni. Hukum menghadiri jamuan @ majlis seperti ini adalah wajib hadir sekiranya tidak ada terdapat apa-apa keuzuran. Akan tetapi jika terdapat unsur-unsur yang melalaikan boleh baca info lain lebih lanjut

''Apabila kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu telah selesai makan maka cepat-cepatlah keluar'' (Surah Al Azhab : 53)

Buat bakal-bakal pengantin tu semoga semua nya berjalan dengan lancar & hubungan kalian kekal till Jannah! Ameen :) . Ada something yang gaia baru tahu itu pun tahun lepas after borak-borak dengan seseorang... Ni gaia carik kat Wikipedia 5C's  ialah jangka yang berkaitan dengan kebendaan. Ia timbul sebagai satu jenaka popular berdasarkan kebenaran tertentu yang membuktikan etos budaya Singapura yang tidak dinyatakan obsesi materialistik dan aspirasi untuk mencapai perkara-perkara ini untuk menarik perhatian orang lain, kedua-dua dari segi sosial, ekonomi dan sosiologi.

1) Car
2) Cash
3) Card Credit (Gold)
4) Condominium
5) Career / Country Club Membership

5'C ni boleh dikategori kan sebagai bench mark yang perlu ada pada seseorang untuk dijadikan teman hidup. Itu dari sudut pandangan lain, disini ada lagi satu sudut pandangan terutamanya bagi orang islam dalam pemilihan suami isteri berdasarkan dalil

1) Beriman menjadi dasar pilihan

''Dan janganlah kamu berkhawin dengan perempuan-perempuan musyrikin sehingga mereka beriman'' (Surah Al-Baqarah : 221)

''Dan janganlah berpegang pertalian dengan perempuan-perempuan yang tidak beriman'' (Surah Al-Mumtahanah : 10)

2) Teguh pegangan agama

''Sesungguhnya perempuan itu dikhawini disebabkan empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama nescaya berkatlah tanamanmu (hidupmu)'' (HR Bukhari dan Muslim)

3) Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah

''Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa'' (HR Ibnu Hibban)

4) Berakhlak mulia dan bermaruah

''Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkhawin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkhawin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkhawinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman'' (Surah An Nur : 3)

5) Setaraf atau kufu

''Pilihlah untuk keturunan kamu dan khawinlah orang yang kufu'' (Al Hadith)

6) Keturunan yang soleh

''Pilihlah untuk keturunan kamu daripada keturunan yang terdidik dikalangan keluarga yang soleh kerana sesungguhnya akhlak ibubapa itu lahir kepada anak cucunya.'' (Al Hadith)

7) Penyayang, sihat dan berpotensi untuk melahirkan anak

''Berkhawinlah dengan perempuan yang pengasih dan kerap beranak.'' (HR Abu Daud dan Al Nasa'i)

Pensyarah gaia pernah cakap yang perlu ada dalam diri seseorang itu ialah ATTITUDE even
GENIUS & HARDWORKING pun tak boleh challenge, nak tahu kenapa? ok Cer tambahkan semua huruf-huruf tu

A=1 B=2 C=3 D=4 E=5 F=6 G=7 H=8 I=9 J=10 K=11 L=12 M=13 N=14 O=15 P=16 Q=17 R=18 S=19 T=20 U=21 V=22 W=23 X=24 Y=25 Z=26

ATTITUDE = 1+20+20+9+20+21+4+5
                   = 100

HARDWORKING = 8+1+18+4+23+15+18+11+9+14+7
                            = 128

GENIUS = 7+4+14+9+21+19
              = 74

Sikap yang paling terpenting dalam diri seseorang yang terkadang boleh ubah bukan sahaja diri sendiri bahkan orang lain. Biasanya penilaian ni markah yang paling tinggi pun 100. If less than 100 it's normal la kan but if more than 100 it's must be something wrong somewhere right? Tapi dengan izin ALLAH anything can happen :) .

Turn gaia bile?? Doakan jela yang terbaik untuk gaia ni ye.. Muda-muda ni fokus on career je dulu :) Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya,, perbaiki diri dulu baru berangan cari yang baik ye gaia! Utamakan yang utama means yourself and people around you especially family.. Apa pun yang kita lakukan restu mereka lebih penting kan? Khawin itu tidak pasti tapi mati itu sudah pasti! So, much better prepare yang sudah pasti tu kan.. Bak kata orang tua-tua ''Kalo jodoh tak kemana'' kalo orang yang kita anggap bakal jodoh tu ada kemana-mana maksudnya bukan jodoh kita la tuh...hehehehe.. Jika tidak jumpa jodoh itu di dunia, di akhirat pasti ada :)

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin : 36 )


PERKHAWINAN  BUKAN SETAKAT HUBUNGAN DUA HATI,
AKAN TETAPI  BERKHAWIN DENGAN KEKURANGAN PASANGAN  & JUGA KELUARGA  PASANGAN,
SERTA SANGGUP BERKONGSI SUKA MAHUPUN DUKA,
YANG TERPENTING AJARAN ISLAM MENJADI IKUTAN,
MAKA AKAN LAHIRLAH KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH.



                                                                             KEEP SMILE  ^_^


Tiada ulasan: