Selasa, 11 Mac 2014

Setahun bertambah & hampir setahun

Bismillah, alhamdulillah..

Pejam celik, pejam celik setahun bertambah and hampir setahun... errr apa yang bertambah? oke, yang bertambah setahun tu umur...setiap kali masuk tahun baru mestilah umur pun makin bertambah kalo makin berkurang or mantain, nampak beno nipunyeeee kan~~ dan yang hampir setahun tu tempoh masa gaia keje kat tempat keje sekarang...siapa sangka kan? masa mula-mula masuk keje dulu gaia estimate boleh bertahan sekejap je..biasa la fresh graduate mana tahan cabaran!

Bila tengok staff-staff yang keje kat situ,gaia terbayangkan mereka cari rezeki untuk keluarga membanting tulang 4 kerat. Ada sedikit keinsafan disitu. Apa yang jadi penguat semangat gaia biler ade staff ni kira adik-adik la, ada STPM pun boleh tahan setahun tak kan gaia yang diploma holder ni tahan se ary dua je... Come on la gaia!! sahut cabaran sikit!

Sembang-sembang beberapa bulan yang lepas:

Gaia: da keja 9 bulan, kalo ikutkan lama la kan? da sama macam orang pregnant 9 bulan tinggal tunggu hari je. mesti orang yang pregnant tu letih kan duk bawa perut ke sana sini?

Kakak: Angah keje 16 tahun, tak rase lame pun? rase kejap je.. (since 1997, gaia time tu tadika lagi kot!)

Gaia : lama la 9 bulan tu.

Kakak: Selama 9 bulan tu pi keja niat sebab apa? suka-suka, isi masa lapang? Niat tu kena betul, lepas tu fikir kalo orang yang pregnant memang penat tapi lepas 9 bulan tu apa yang dia dapat? (baby yang cute!!hehehe, ganjaran para ibu pasti ada)

Gaia : eerr..kadang-kadang je betul, yang lain banyak terpesong :P

Ouh ya ni gaia nak share tips dari kawan gaia untuk kawan-kawan yang nak cari keja tu..

1)post resume & cover letter kat mana-mana company yang dia suka
2)dekat sampul surat atas belah kiri tulis ''ANY POSITION''
3)post kat alamat HQ adalah lebih baik sebab HQ tahu kekosongan jawatan di cawangan lain (dalam kes kawan gaia ni HQ Public Bank tu call tanya nak tak keje kat cawangan yang ada kekosongan jawatan tu untuk datang interview), kalo post berdekatan dengan kawasan kita pun boleh, means cawangan company tu hanya akan panggil bila ada kosong kat cawangan itu je. so sekarang kawan gaia tu da keja dekat public bank since taun lepas lagi..

mungkin ada yang da cuba tips ni, korunk boleh cuba cari kerja kat internet contohnya kat Job Street , Jobs Malaysia & mudah.my tapi gaia prefer Job Street sebab depa anta email ary-ary dok suggest keja mana yang elok. jawatankosongmalaysia.my yang ni link dari facebook, try la search link-link macam ni kat facebook :)

kawan-kawan yang tak dapat keje lagi walaupun da bermacam ikhtiar diharap banyak-banyak kan bersabar ye.. Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar.. pandang sesuatu yang berlaku tu dengan penuh hikmah In Shaa ALLAH cepat atau lambat dapat la keje tu.. yang penting D.U.I.T

D = doa
U = usaha
I = ikhtiar
T = tawakal

oke, nampak macam klise kan? kenapa kena guna konsep D.U.I.T? macam lapuk je.. gaia beri satu contoh, kalo kita lapa duduk atas kerusi tu depan meja makan yang kosong tutup mata lepas tu juz imagine kat kepala ni nak makan nasi putih, ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, telur dadar, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, jus buah gelas besar sambil tunggu air sampai makan otak-otak pulak...agak-agak la kan biler bukak mata semua makanan & minuman tu terus ada depan mata? mesti tak kan... kena order dulu baru dapat kan?..macam tu la jugak dengan situasi ni, kita nak macam-macam tapi ade usaha tak? ada minta pada yang Yang Esa tak?

Mostly fresh graduate ni akan rasa tak comfort and mula la berfikir nak berhenti, cari kerja lain. It's normal, mungkin tak serasi , job position tu tak related dengan course yang kita belajar , kalo relate pun mungkin tak minat, enviroment yang tak best, and so on.. ada yang berhenti after got offer job yang dirasakan sesuai and ada yang masih lagi bertahan sebab if keja yang akan datang tu tak comfort nak berhenti lagi ke? biasa nya orang ni tak nak ambil risiko la..bagi mereka mana-mana tempat semua sama je, sedikit sebanyak ada pahit nya.. pada yang nak cuba tuka angin try stick for a few month ataupun tetapkan satu tempoh masa 6 bulan @ setahun untuk cuba sesuaikan diri, kot-kot la serasi..if rasa 'can not go' just quit and find other job.. sekurang-kurang nya kita cuba, sekurang-kurang nya kita cabar diri kita..

Orang sekeliling cuba support selagi boleh, mereka-mereka ni senang rasa down.. syor kan tempat-tempat yang ada jawatan kosong yang anda tahu & bagi kata-kata semangat.. bukan senang nak senang right?

Orang yang letih pulang dari kerja jangan mengeluh kerana penat lelah pulang dari kerja dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.. 

Dalam setahun yang bertambah tu gaia banyak belajar errr bukan ilmu ghaib ye ilmu tu tak ghaib cuma dulu mata ni macam nampak benda tu ghaib mungkin kali ni hati & akal turut sama membantu.. Dalam hidup ni kita sentiasa belajar & belajar :)


KEEP HUSNUDZON , KEEP HONESTY , KEEP GRATEFUL
                    &  KEEP SMILE ^_^