Selasa, 30 September 2014

Pergi

Assalamualaikum...

Baru-baru ni gaia dikejutkan dengan berita pemergian sorang kawan sekola yang tidak rapat..
Mase form 5 dulu kami sebelah kelas je...Arwah 5 Dedikasi, gaia 5 Cemerlang, lelaki... kenal pun sebab selalu lepaking kat kelas 5D time cikgu takde kat 2-2 kelas tu..kami kongsi cikgu untuk subjek pendidikan jasmani ( dengan student perempuan je ) & Pendidikan Islam ( semua student 5C & student lelaki 5D ) .. Majoriti student 5C ni chinese, so kena la melukut kat kelas orang tuk study subjek pendidikan islam, tapi kelas pendidikan islam tu kami turun kat surau sebab bila da campur tolak darab bahagi semua alasan, surau tempat yang terbaik sebab yang pertama dekat dengan bilik guru senang la cikgu ( tak panggil ustazah pun sebab cikgu ni sempoi giler! ) nak datang, yang kedua pulak student boleh la sambil cuci mata sikit tengok pokok ke, tengok tukang kebun ke, buat lawatan sambil belajar ke toilet ke,jalan jauh sikit tak pe, exercise kata nya, pendek kata banyak kelebihan kepada student dari cikgu...heeeee~~

Pintu kelas 5D betul-betul depan tangga hujung bangunan, bila nak balek je sudah semestinya gaia kena lalu kelas depa, nak lalu tangga hok satu lagi tu jauh sangat.. arwah dengan kawan2 selalu lepak kat hujung tembok kelas dia.. setiap kali nampak gaia nak balik turun tangga je mesti dia cakap '' Gaia, kirim salam kat adik'' sambil senyum tayang gigi,, kawan2 dye pun ulang benda yang sama.. berhari jugak dok jadik posmen cakap kat adik,,, sampai bosan dengar..yela, dok kirim salam kat adik, kakak nya pun bengkek la, tak de ke yang nak kirim salam...hahahahaha

Last gaia jumpa arwah masa kawan arwah kelas 5D jugak buat makan2 bulan raya taun lepas taw, bukan taun ni.. kira open house la tapi untuk kawan geng form 6 tapi gaia bukan dari form 6,, lepas balik kerja gaia terus singgah kebetulan memang laluan tempat kerja , jadik da orang jemput makan, ape lagi mencekik la ye tak? dok makan sembang sekejap, selfie bagai..gaia nak balik la sebab kebanyakkan tetamu yang dijemput memang rumah dekat-dekat ja.. so berangkat la sebelum kena halau dengan tuan rumah, bila gaia cakap ''korang, balik dulu la ye!'', ''Balik tu hati-hati''.. terkedu sekejap, gaia siap toleh, nak cari la suara siapa tu.. honestly gaia memang tak de borak2 sangat kawan2 lelaki yang datang mase tu..orang makan, gaia makan, orang gelak, gaia ikut gelak..actually gaia tak bergaul sangat dengan geng2 lelaki form 6..yela majoriti bukan ex-classmate from 5...lastly baru tahu arwah cakap dengan muka selamba tak pandang pun kat gaia, tak macam selalu senyum tayang gigi...tulah last word yang gaia dengar dari mulut arwah..

Hari sabtu baru-baru ni, tergerak hati nak bukak facebook, tengok kat news feed rata-rata kawan form 6 post mengenai kematian arwah, excident dekat highway pagoh dari putrajaya ke ayer hitam..bila gaia bukak facebok arwah, baca satu persatu post kawan, sungguh...... sebak rasa, menangis tipu la tak...gaia pun tak tahu, nak kata rapat tidak... mungkin peribadi arwah seorang yang ceria, peramah & suka tersenyum tu membuatkan gaia rasa kehilangan..Bila gaia cakap kat adik pasal arwah, adik pun terkejut, ''Bukan yang dulu selalu main kirim salam tu ke?'' ya ya ya ya...he's that one guy...

Dengar dari orang, yang arwah ni hampir tamat praktikal,, lulusan UMS... dulu ada gaia dengar cerita dari kawan-kawan yang lain, arwah & sorang kawan lagi dapat universiti yang sama, tapi course berbeza, depa dok pakat kongsi duit nak beli motor sebab senang nak jalan-jalan kat sane, yela Sabah kot..cuti panjang je baru boleh balik kampung, takat cuti pendek tak kan nak duduk kat kolej je...sehari dua boley la..ni kalo bertahun-tahun mungkin tidak... Masa hari kebumikan kan jenazah, kata nya ayah arwah menangis sampai tersedu-sedu,, bapa mana yang tak sedih, harapan melihat anak yang diharapkan bakal memegang ijazah bulan november ni hilang sekelip mata..bapa mana yang tak sedih, anak bongsu lelaki tunggal dalam keluarga..bapa mana yang tak sedih anak yang sangat melebihkan keluarga dari segala nya... Pada gaia arwah memang sangat baik, walaupun kenal gitu-gitu je.. Ternyata ALLAH lebih sayangkan dia.

Gaia tak de la nak cakap gaia pandai sangat tapi bila orang yang kita sayang atau terdekat ni pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya bukan senang nak bangkit..

Antara tips yang gaia sendiri praktik kan:
1) Bacaan yasin
2) i)   AL-Fatihah
    ii)  AL-Ikhlas 3kali
    iii) AL- Falaq
    iv) AN-Nas
3) Baca surah favorite si mati atau surah yang mengingatkan kita pada si mati
4) Istighfar
5) Zikir
7) Doa : minta kat ALLAH hati ni lebih kuat dari dulu
8) The most important thing is elakkan duduk sorang-sorang, sebab lagi banyak masa kita akan duk melangut & menangis

Mengingati mati ni pun dapat pahala...sometimes gaia ada terfikir bagaimana pengakhiran hidup gaia ni, Husnul Khatimah @ Su'ul Khatimah.. bagaimana dengan waris-waris yang gaia tinggalkan, sama ada mereka ni sudah cukup diisi dengan ilmu kehidupan dunia akhirat yang membantu gaia atau turut mengheret gaia di muka pengadilan kelak?  Ya ALLAH, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga & Jauhkanlah kami dari Api neraka. Ameen!

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI

                          KEEP SMILE ^_^