Isnin, 2 Mei 2016

Selamat Hari Pekerja

Hi everyone!


Long time i not type type at this blog right? udah-udah la merepek english nya tu...
Selamat menyambut hari pekerja semua! semoga tabah menjadi seorang pekerja, yang jadi surirumah tu pon pekerja jugak yela dok kemas rumah tu kerja namanya. hahahaha.
Dulu masa sekolah gaia selalu nak cepat-cepat besar sebab boleh kerja cari duit sendiri, boleh beli apa yang gaia nak,  now bila sudah kerja alhamdulillah tak banyak sikit dapat la puaskan hati sendiri, tak banyak sikit ada yang tercapai.

Okay, lets talk about work. mostly semua tempat kerja akan ada foreign worker right? yang tak ada tu awak baca jelah, exercise mata tu sikit. heeee~  Ada yang cerita pada gaia foregin worker ni datang kerja di Malaysia yang tercinta bukan semata sebab duit (tak semua la, ada yang memang nak bantu keluarga), ada yang datang kerja di sini hanya untuk cari pengalaman even keluarga mereka bukan keluarga yang susah, ada tak pa, tak ada pun masih boleh makan. so, gaia harap kita tidak la merendah-rendahkan mereka, mereka pun manusia jugak punya hati dan perasaan.

Ada sorang foreign worker ni sudah habis kontrak after a few years kerja dekat sini, then dia minta balik negara dia before sambung kontrak yang baru dapat cuti beberapa minggu. After dia balik ke sini, then entah macam mana dia cerita cuti beberapa minggu itu hanya boleh spent time dengan family hanya sehari dua sahaja. kalau ikutkan memang tak percaya la, cuti lama-lama tu pergi mana pulak?? Then, dia cakap perjalanan dari airport nak ke rumah nya jauh (pedalaman), kena naik helikopter (army), redah macam-macam halangan baru boleh sampai rumah. Tambang pergi balik yang sangat mahal when convert to ringgit malaysia, ada rakan yang balik sekali masa tu sangat bertuah lah sebab dari airport ke rumah tidak jauh (kawasan bandar).  Masa dia cerita tu, baru rasa Ya ALLAH, bersyukur sangat dengan keadaan apa yang gaia ada sekarang, tak perlu berhijrah pergi negara orang, tak perlu jauh dari keluarga, tak perlu ikat perut semata nak simpan duit gaji untuk hantar kepada keluarga, keadaan penganggkutan yang sangat mudah. Syukur, syukur sangat-sangat.

Bukan seorang dua, tapi kebanyakkan foreign worker ini bila masa rehat mereka balik hostel (asrama) hanya minum air dan terus tidur, makan apa yang ada sahaja. Kalau gaia sehari dua mungkin boleh la, tapi kalau setahun dua? Buat pekerja warganegara, gaia bukan nak banggakan pekerja asing, tapi yang mana baik tu jadikan iktibar. Manusia tiada yang sempurna.

Next, tolong jangan buat andaian ''orang bawahan ini kuli je, orang atasan tak ada kerja goyang kaki''. kalau awak yang jadi orang atasan yang dengar tu agak-agak apa perasaan awak? masing-masing ada kerja dan tanggungjawab masing-masing. Mungkin awak tak tahu yang kadang-kadang orang atasan ini cuba nak jadi orang bawahan sahaja. Pada gaia, masing-masing ada tekanan  pada kerja masing-masing. Orang bawahan merasai tekanan fizikal & orang atasan merasai tekanan mental. Tolong jangan letak kat mindset anda, yang kerja duduk pejabat ini kerja mudah, duduk-duduk, ada aircond, gosip-gosip, chit-chat dan tolong jangan letak kat mindset anda, yang kerja bawahan ini hanya layak untuk orang tak pandai, malas belajar.
ALLAH sudah aturkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin ada sesetengah yang berkelakuan sebegitu, tapi cuba sangka baik. Kejayaan sesuatu perkara itu tidak akan datang hanya melalui sebelah pihak sahaja yang berusaha. Contohnya : Strategi meningkatkan pengeluaran sesuatu produk dan jualan tidak akan berjaya tanpa ada nya operator pengeluaran. kalau operator pengeluaran boleh hasilkan produk tapi strategi jualan pihak pengurusan tiada pun, tak guna jugak. We need each other, teamwork maybe?


Keep Smile ^_^