Selasa, 24 September 2013

Interview Pembantu Am Pejabat Gred N1 (PAP)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, ary ni gaia pi Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang johor (hospital baru) bagi menghadiri temuduga jawatan Pembantu Am Pejabat..Tiada berteman, tak macam interview-interview kerajaan yang lain sebab dekat,, hey gaia tempat interview dekat pun nak ngengade!! Pi punye la awaii pukul 7 pagi pastu sampai hospital tu dalam pukul 7.45 pagi (dari ayer hitam la katekan)..ingatkan gaia antara calon yang terawal sampai rupa-rupa nya bederet calon beratur dari yang duduk kat kerusi yang sedia tersusun, yang berdiri sampai la kat tangga! uitt mak aiii panjang bona weyhhhh..phewphew...da macam temuduga terbuka untuk perajuit muda tentera pulak...

Okeh, gaia start beratur berdiri borink yang amat mula la cuit calon depan belakang...hehehe borak punye borak, hilang la perasaan jiwa kacau + bedebar a.k.a dedor nye tu..dok tanye ''dari mane?, keje ape?, apply jawatan apa?'' hah kan da start peramah nye tu datang, hamek kau! naseb depa suma ok ja..^_^ ada calon yang tanya gaia ''ada ujian bertulis ke?'' hah?? bia bona?? den ni tak study apa-apa pongggg!! (cenggini la calon terbaik yang selalu pergi interview memang tak get ready apa-apa saje datang nak luangkan masa dengan penemuduga) cap ngan yin gitu,, alaa brand yang produce kacang goreng de logo tangan tu! gaia, gaia, gaia...  you're the best la kalo bab malas study ni...lepas tu another calon tu cakap ''a'ah memang ade ujian bertulis, 1 soalan je'' pastu gaia tanye lagi ''abes tu soalan dye objektif eh kak?'' nak senang je kan idup ko gaia...grrrr~~ akak tu jawap balek ''tak la solan tu subjektif, biasanye pasal isu semasa sebab akak pernah datang interview ..kalo under kementrian kesihatan memang ada ujian bertulis.''ouhh ok2..hehehehe tapi akak tu interview jawatan attendant kesihatan U3 tak silap.. nak jadik kan cerita, akak tu pun cari la pen dalam handbag dia, (ujian bertulis kan, pen pun kene sdn bhd) cari punya cari dapat pen, tapi pen merah,, pastu dye cari lagi, tengok dari dalam da nampak macam dakwat hitam,, biler keluarkan tup2 eye liner pulok! hahahahaha akak tu cam da malu da pastu cover sikit ''beg akak ni banyak lipstik je dalam ni..hehehe'' kali ke-3 dok seluk dalam beg tu akhirnya jumpa jugak ade, calon tu  ayah dye bawak kan pen 2 batang lagi,,  pastu siap bagi kata-kata semangat kat anak dye..jeles okeyyhh!! gaia datang sorang je...sob :'( da! jangan nak drama gaia!!eleee...gaia pun family wish jugak...hehehe.. entah macam mana pagi tadi gaia boley nak bawak pen jugak, ALHAMDULILLAH, syukur tak la susah nak pinjam ke hape tadi..Time tu la baru nak message akak suruh tengok surat khabar pe yang jadik isu sangat menyengat ( muka depan akhbar) ary ni...see,, tu pun tak buat! take note gaia... next time sebelum interview pagi-pagi buta tu beli surat khabar!~ 

Akak yang bagitahu info ujian bertulis tu pun ada bagi tips interview jugak kat gaia meh gaia share meh:

  1. bagi calon lelaki baju kemeja mestilah berwarna putih, berseluar slack hitam, berkasut hitam ( yang baju kotak-kotak tu tak boleh ye)
  2. bagi calon perempuan, jangan pakai baju yang memerlukan kan anda memakai inner contohnya baju yang berwarna putih dan warna-warna yang cerah (mungkin nampak serabut),, warna sedemikian boleh tapi jenis kain adalah tidak jarang,, sebab warna yang sesuai untuk temuduga adalah warna-warna pastel, jangan pakai tudung & baju yang mencapap a.k.a bling-bling paham-paham jela ek, kasut bertutup (simple tapi cantik)
  3. sijil-sijil yang depa nak tu copy pastu cop siap-siap
  4. kalo apply jawatan pentadbiran @ pejabat biasanya calon yang ada sijil komputer diutamakan
  5. bila dalam bilik interview duduk di kerusi macam nak bersanding (tersengih-sengih gaia mase parktis pagi tadi, hihihi) , kalo boleh jangan sandar pada kerusi,, kire duduk tegak cam patung la ni.. (saba ye para calon sekalian) 
  6. Peka siapa Yang Dipertuan Agong, Menteri Besar Negeri, Sultan Negeri, Perdana Menteri, Timbalan, Menteri & Timbalan Menteri under kementrian yang calon apply, daerah setiap negeri, rukun negara & so on yang berkaitan

Biler da beratur lame,, turn gaia daftar & pi 1 bilik untuk buat ujian bertulis tajuk nya adalah MASALAH GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA.  20 patah perkataan dan masa diberikan adalah 10 minit.. bedal jela time tu ape yang hado dalam buah fikiran..tapi gaia tulis panjang rase cam lebey 10 minit..hehehe..

After ujian bertulis, gaia pi Bilik LTD17.. Penemuduga adalah perempuan, 2 0rang macam biasa :) .. antara soalan yang ditanya adalah:


  1. Perkenalkan diri anda (soalan wajib)
  2. Gaji yang diperoleh ditempat kerja sekarang (soalan wajib)
  3. Tugas anda ditempat kerja (soalan wajib)
  4. Tugas jawatan yang anda pohon (soalan wajib)
  5. Cara nak jimatkan kertas bila print (pelihara alam sekitar)
  6. Bilangan adik beradik
  7. Ada tak adik beradik yang berkhidmat di sektor awam
  8. Kenapa tidak sambung diploma ditempat yang sama (sijil di politeknik melaka)
  9. Kenapa tidak sambung diploma lanjutan (diploma lanjutan keusahawan di perak taraf degree bawah sikit)
  10. Selain jawatan Pembantu Am Pejabat (PAP), jawatan apa lagi anda rase layak mohon jika jawatan ni sudah penuh
  11. Boleh bertugas dikawasan yang jauh (soalan wajib)
  12. Aktiviti yang disertaikan semasa melanjutkan pelajaran 
  13. Apa perasaan & padangan, jika kelulusan anda yang tinggi agak tidak setaraf dengan jawatan yang anda bakal sandang(diploma holder), manakala pihak atasan mempunyai kelayakan yang sama 
Lepas abes interview tu gaia tanye la penemuduga tu '' Cik, ada apa-apa kelemahan tak cik nampak kat saya masa interview tadi?'' Salah sorang tu jawab ''Setakat ni tak ade apa-apa masalah, awak ok.. cuma jawatan ni agak rendah untuk awak sandang tapi yang penting confident!'' yang penemudga sebela tu cam angguk je,,, hurmmmm punahhh la arapppannnnn aty ku ingin hidup bahgia....bhahahaha meroyann pulakk..Ade rezki, ade la gaia yerkkk

USAHA Escalator Kejayaan
                      Keep Smile ^_^

Selasa, 17 September 2013

Duka tapi syukur


 Assalamualaikum!

errr,, still ingat lagi entry pasal interview Penolong Pegawai Tadbir N27 tu?? tengok tajuk entry ni pun da tau kan...

No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)

No. Kad Pengenalan:  
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN

Kod SkimJawatan
Keputusan Temu Duga
   2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA



Urmmm nampak nya rezeki masih lagi tak memihak pada gaia...it's ok.. da 3 kali kene reject,, steady je la kan...hidup perlu diteruskan & hidup untuk makan!! makan sokmo la gaia oiii....heeeeeeeeeeeee~~~


           وَاذْ تَاذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَازِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ انَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

(Surah Ibrahim Ayat 7)


Alhamdulillah, actually result untuk jawatan ni da lama taw,, sebelum raye lagii.. tapi yela benda tak bape nak baik kan,, lambat la nak update nye...hehehe..tapi based on Surah Ibrahim ni,, something yang baik berlaku, seriously gaia dapat lagi surat panggilan interview untuk jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 (PAP) under kementerian kesihatan, rezki nak dapat jawatan ni dop tahu lagi..tapi kalo rezki nak tambah pengalaman interview tu akan diusahakan!! (walaupun jawatan yang rendah, tapi kalo cuba pun tak salah kan?)..chaiyok-chaiyok gaia!.. betul la kata ALLAH, biler gaia syukur dengan rezki yang diberikan sekarang, DIA tambahkan lagi,, syukran :) .. Ayat-ayat Quran ni kalo kita teliti betul-betul maksudnya & paham hikmah setiap kejadian yang berlaku atas diri kita, In Shaa ALLAH semuanya akan jadi lebih baik (maap, gaia bukan la alim sangat)..so, think positif ye kawan-kawan!! Segala yang berlaku ada hikmah nya...yeah, boleh cuti lagi...hehehe every month cuty saje~~

Nothing to say
                        Keep Smile ^_^