Ahad, 23 Jun 2013

Good Luck!

Assalamualaikum!

Lama da gaia tak update blog ni..bukan tak ade masa cuma tak ada idea..hehehe..
Korang igat tak gaia ada tulis entry pasal exam Penolong Juruaudit W27 tu?? result da keluar ary khamis lepas dan keputusan nya ialah :

No. Kad Pengenalan:
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 18/5/2013.

Tengok result kali ni tak ade la kuciwa sangat sebab tak letak harapan yang tinggi pun, gaia taw ramai calon yang lagi layak, lagipun based on the name of position tu pun mengenai audit tapi gaia tak ade amek subjek audit mase sijil & diploma, terang lagi bersuluh cek tak bulih nak sangkal kegagalan result exam ni...hahahaha...Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang lulus exam ni,, tapi majoriti kawan-kawan gaia pun turut sama berjuang dalam kegagalan result ni...haha berjuang dalam kegagalan tu yang tak tahan... berjuang menahan kesedihan la katekan...tak pe kawan, tak de rejeki tu nama nya oke :)

Baru-baru ni ramai kawan yang dapat surat dari SPA untuk exam Penolong Akautan W27, gaia tak dapat, tapi gaia doakan korang berjaya okeh! maybe situasi exam kali ni lebih kurang dengan exam juruaudit dulu, cuma soalan je yang berbeza, so korang yang dapat surat tu Good Luck yee!!

Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya
                                         

                                      Keep Smile ^_^


Ahad, 9 Jun 2013

AMALAN MEMURAHKAN REZEKI

Assalamualaikum..

ary ni gaia juz copy paste je tok entry kali...so, jemput2 la bace yerkk :)

Print
ImageAmalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)
8. Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Seawal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Mengeratkan Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

sumber : JAIS

Ahad, 2 Jun 2013

Indahnya Keluarga Bahagia

Assalamualaikum!

Sejak awal tahun 2013 ni gaia boley dikatakan selalu dijemput oleh rakan-rakan untuk menghadiri walimatulurus,, oke terasa umur da makin meningkat...selama ni sedar da tua, tapi buat-buat muda remaja je...hehehe

Seperti biase soalan cepu cemas wajib terjah ke telinga gaia,,,'' kau biler lagi??'' ''biler nak makan nasi kenduri??'','' da bersedia nak jadi menantu??'' hah?? soklan ketiga tu macam first time je dengar & bebeza sikit tapi lebih kurang je maksudnye,, cuma arap-arap itu bukan satu risikan...hahaha...

Last week gaia ade pergi 1 ceramah kat kampung jiran sebelah mengenai Indahnya Keluarga Bahagia..Tuan rumah ni wat ceramah sempena walimatulurus anak pada siang ary & wat ceramah pada malam ary, Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Norhafizah Binti Musa..Alhamdulillah, since gaia menetap kat aitam ni terbuka minda & akal sebab sebelum2 ni kalo ade majlis walimatulurus biasa nya pada malam ary ada karaoke atau joget lambak now, sikit-sikit da nampak ade perubahan yang baik macam last month ade walimatulurus jugak pada siang ary tapi diserikan dengan lagu-lagu nasyid daripada DJ muslim / muslimah dan ada qasidah...urmmm mane-mane acara pon boley dianjurkan cuma, kalo ade pendekatan yang baru & bagus ape salahnya kalo kita pon ikut kan?

Antara pengisian ceramah :

4 Perkara yang perlu ada sebelum berumahtangga:

  • Kejelasan matlamat rumahtangga
  • Pengisian rumahtangga
  • Kekuatan rumahtangga
  • Penilaian rumahtangga (musahabah / audit diri selalu)

4 Perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan di dalam rumahtangga:

  • Suami yang soleh
  • Rumah yang selesa
  • Jiran yang baik
  • Kenderaan yang selesa
Amalan selepas solat

Doa Taubat :
''Ya ALLAH ampuni daku, kasihi daku, terima taubatku dan begitu juga kepada kedua ibubapaku''

Tasbih:
''Maha Suci ALLAH yang Maha Hidup Lagi Maha Berdiri Sendiri''

''Maha Suci ALLAH yang Esa Lagi yang Maha Memperkenan Segala''


Antara Amalan Limpahan Rezki yang Diberkati:
  • Surah Adz-Dzariyaat ayat 58
''Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan yang teguh''
  • Surah Al-Qasas ayat 24
''Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku''
  • Surah Asy-Syuraa ayat 19
''Ya ALLAH Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada siapa jua yang Dia kehendaki dan Dia Maha Kuat Maha Perkasa''
  • Surah At-Taubah ayat 129
''Maka jika mereka berpaling dari keimanan maka katakanlah (Muhammad) cukuplah ALLAH bagiku Tiada Tuhan Selain ALLAH, Hanya kepada Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang Memiliki Arasy yang Agung''



Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
  • Doa
''Ya ALLAH, kekalkanlah nikmatMu kepada kami dan berlembutlah kepada kami pada apa yang Engkau takdirkan''

Hanya Mampu Menyerahkan Segala-gala nya pada yang SATU, Di atas sana,
DIA hanya akan memberi apabila Hamba-Nya telah bersedia untuk menerima..
                              Keep Smile  ^_^