Rabu, 4 Oktober 2017

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Pendidikan Untuk Yuran Pelajar UiTM Melalui KWSP

Assalamualaikum semua!

Selama ni diri sendiri tertanya-tanya macam mana lah nak settelkan yuran semester dengan menggunakan duit KWSP. Okay now, da dapat ilmu gaia turunkan kat sini. Semoga urusan kamu semua sentiasa dimudahkan.

1st Step : Portal KWSP  Klik disini

1) Klik pada Pengeluaran
2) Klik pada Borang  Pengeluaran 
3) i) Cari no.6
   ii) Kategori pengeluaran : lain-lain
   iii) Muat turun borang : KWSP 9H (AHL)- Pengeluaran Pendidikan
*Baca senarai semak dokumen yang diperlukan.
*kalau tak sure nak isi macam mana, boleh kosongkan dulu yang mana tak tahu.


2nd Step : Portal Pelajar Uitm Klik disini

1) Klik pada Student Financial Services (Fine Portal)
2) Klik pada e-KWSP
3) Klik  pada Pilihan Status Bil Belum Bayar
4) Klik  / Jana , muat turun & print surat pengesahan pelajar


3rd Step : Cawangan KWSP terdekat

1) Bawa :
- Borang Pengeluaran Pendidikan
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Tawaran dari Uitm
- Surat Pengesahan Pelajar



Kalau dokumen anda lengkap, jangka masa proses akan jadi mudah dan pendek. Macam gaia tadi ambil masa dalam 15 minit sahaja.


Lepas siap cap ibu jari kiri dan kanan, anda akan dapat surat ini dari pihak KWSP.
Waktu pemprosesan data adalah dalam masa 21 hari.  :)


Prosedur KWSP mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Jika anda baca post gaia ini tarikh nya agak terlalu lama cuba hubungi pihak KWSP yang terdekat terlebih dahulu. Jimatkan masa & tenaga anda daripada pergi ke KWSP, tapi dokumen tak lengkap, da kena pergi 2 kali. hahaha Tapi buat masa ini, ini prosedur yang terbaru.




Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!
                                                                  Keep Smile ^_^


Khamis, 4 Mei 2017

New Phase

Hye everyone!

New Phase as a part time student. Actually since diploma lagi gaia sudah ada niat nak further study tapi buat fulltime la. Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. Finally i'm back to my track! Yeayy, degree! Alhamdulillah.

Uitm Pasir Gudang menjadi pilihan. Ya, Uitm je.. even gaia sendiri pernah memperkecilkan uitm dengan alasan yang uitm bersepah kat Malaysia ni. tak macam U lain. Tapi yang kita tak suka, yang kita tak berkenan tu la yang kita dapat. Hambik kau gaia! ALLAH sebaik-baik perancang. 

By the way, alumni diploma uitm atau dari kolej bersekutu uitm yang related dengan course yang diambil akan dapat pengecualian kredit dengan syarat-syarat tertentu. Untung la hangpa!

Tanggapan pertama gaia bila nak furher study ni biasanya mesti related dengan kerja kita sekarang ni..
Walaupun kerja yang sekarang ni tak kepada course (finance) yang gaia ambil, tapi tidak la menyimpang sangat.. Apa yang mengejutkan ada rakan-rakan yang lain memang tak ada background finance dan kerja mereka pun jauh menyimpang dari course. Bersungguh betul orang nak cari ilmu, gaia yang ada basic pun sudah kena makan anai-anai kot ingatannya.. hahaha sabar jela.

Kalau ada sesiapa yang nak further study part time berfikir la sepanjang-panjangnya & semasak-masaknya. Banyak perkara kena korbankan. Masa hujung minggu (2 minggu sekali), masa tidur (kena buat assignment), duit (yuran, buku, nota, minyak & tol) & nak manage masa dengan kerja yang sedia ada lagi. Tapi kalau niat baik, teruskan ye apply, lepas dapat offer tu baru susun strategi. ALLAH akan mudahkan segalanya, In Shaa ALLAH :)

Untuk yuran, anda boleh buat simpanan, guna duit bonus (yang dapat bukan sebulan dua gaji tapi sepanjang hayat tu --hiperbola je ni) atau keluarkan dapat akaun 2 dari KWSP. Gaia pernah buat urusan dengan KWSP tentang bayaran PTPTN, hanya ambil masa lebih kurang seminggu sahaja, cumanya kena pastikan akaun 2 tu, amaunnya cukup untuk buat bayaran la hehehe

Pada gaia, kalau nak apply, apply la U yang dekat dengan rumah anda, kita pergi kelas da penat perah otak, nak drive balik kelas lagi kena fokus kat jalan raya. Esok da nak keje, kena fokus kat kerja pulak,. Serius, penat bak ang!

Then, untuk subjek pula, dafta 3-4 subjek sahaja, depends subjek & jam kredit. kalau rasa anda boleh bawak, boleh teruskan. kalau ambil seperti yang uitm sarankan In Shaa ALLAH akan grad dalam masa yang ditetapkan, tapi jika ambil subjek sikit dari yang disarankan, maka tempoh masa untuk graduasi adalah lebih lama. Hipotesis katanya hahaha. Buat apa yang kita mampu, bukan yang orang mampu. Cuma bila kita bayar yuran, kena korban macam-macam harapnya result exam pun nanti akan cemerlang, gemilang, terbilang! gituhhhh...hahaha

Baru semester pertama, macam-macam perasaan ada, ini baru permulaan harapnya kekal hingga ke garisan penamat. Moga diperkenan. Mohon doa dari kalian juga :)


UiTM Dihatiku