Selasa, 17 April 2012

Cari kesedaran kejap



Credit to Farah Akila sebab dye la aku taw lagu ni..lagu ni bese dye dengar biler xbalek kg @ biler da nak final exam...pastu kite 0rang dengar lagu ni mase da nak tido & tutup lampu bilik..sedih dan sayu sangat bileer 1st time dengar lagu ni..yela kene plak time tu aku p0n xbalek kg..memey " ujan lebat " la sampai bengkak2 mate ni..muke gangster tapi hati cute..ehee

seyesss rindu giler ngan kawan2 kt POLITEKNIK KOTA MELAKA @ POLITEKNIK MELAKA sesi JUL 2009-DIS 2010 
 Especially DAK2 AG-11 
MYRA, FARAH, ANI, AWIN, DAYAH, WAHIDAH, FARHANA, MYA, & EMMA

mood nak final kan...aku cuba cari kesedaran sikit dengar lagu2 cam ni...sedar kew??eheeee boley la kal0 nak kasi air mate tu mleleh2 cam ujan je laju turun...='(

actually baru je balek dari kg,, rase x puas sebena nye d0k kt kg tu sebab juz 2 ary je kt sane da la 2 bulan xblek sane.. da plan da nanti dapat cuti study week ley la lepaking kt kg...hurmmm xdapet la jawpan nye sebab de kelas ganti,,banyak lagi kene c0ver tok final nanti..Redo jela kan..nak taw kg aku kt ner?? KG PARIT KHALIL, 86100 AYER HITAM BATU PAHAT JOHOR.. orang johor je p0n, tu p0n susah nak balek kg pade hal           JOHOR ---> SHAH ALAM bukan jauh sangat p0n...haish ape p0n xboley!! haha..ni kasi alamat pen0h senang kal0 korang nak p0s kad jemputan..hehe

Perasaan takut nak final kali ni cam xde,,,xtaw la knape ngan aku ni..xready ape2 p0n,, cume arapan je same cam sem2 yang lepas mase kt mlake,,nak LULUS and xnak CARRY,,,arghhh takot sangat dengar perkataan tu..every sem mesti aku cakap XKESAH LA SEM NI DAPAT P0INTER BRAPE P0N ASALKAN LULUS,, tapi biler da dapat result kecewe jugak la biler c0mpare kan dengan result kawan2 yang lain...ape p0n lulus jugak ALHAMDULILLAH =).. haishh cik gaia 0iii camne nak lulus ni kal0 asyik mengadap lappy  ni 24 hours??? ishhh xdela sampai 24 hours kan sebab kene tolak mase tidur, makan, kelas, jenjalan..so kurang 24 jam la kan...haha

kalo nak seribu daya,,kalo xnak xley wat ape dah...tapi mesti wujudkan seribu daya tu tok berjaye.. chaiyok3 gaia!! u can do it !! good luck & be the best, beat the rest..

INSYAALLAH..kawan2 doakan tok saye ea..^_^





Khamis, 12 April 2012

Realiti kehidupan



00ok,,,assigment da siap tengah pagi buta ni..tetibe rase nak update blog pulak...actually xla update sangat juz nak share s0me story ngan korang je sebab terbace artikel ni kat website jugak,,tapi bende ni memang realiti dalam kehidupan kita, cume terpulang pada kite wheather nak accept dengan cara yang baik atau buruk..


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
RM25 saja bang.
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Hidup la dalam kemulian dalam mendapatkan sesuatu yang halal dengan berusaha..dan bukan nya  mengemis berdasarkan cerita di atas..Selagi ada daya dan kudrat tulang 4 kerat yang diberikan oleh ALLAH,,selagi itu la kita perlu berusaha...Adalah patut tok kita menjadikan seseorang itu sebagai role model atau contoh sebagai pembakar semangat untuk berjaya bukan sahaja didunia malahan di akhirat juga...Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..

Khamis, 5 April 2012

7 Golongan Mayat Di dalam Kubur =)


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

YANG PERTAMA
"aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

YANG KEDUA
"aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

YANG KETIGA 
"yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

YANG KEEMPAT
"ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

YANG KELIMA 
"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

 YANG KEENAM
"yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

 YANG TERAKHIR
"mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

 Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..