Rabu, 4 Oktober 2017

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Pendidikan Untuk Yuran Pelajar UiTM Melalui KWSP

Assalamualaikum semua!

Selama ni diri sendiri tertanya-tanya macam mana lah nak settelkan yuran semester dengan menggunakan duit KWSP. Okay now, da dapat ilmu gaia turunkan kat sini. Semoga urusan kamu semua sentiasa dimudahkan.

1st Step : Portal KWSP  Klik disini

1) Klik pada Pengeluaran
2) Klik pada Borang  Pengeluaran 
3) i) Cari no.6
   ii) Kategori pengeluaran : lain-lain
   iii) Muat turun borang : KWSP 9H (AHL)- Pengeluaran Pendidikan
*Baca senarai semak dokumen yang diperlukan.
*kalau tak sure nak isi macam mana, boleh kosongkan dulu yang mana tak tahu.


2nd Step : Portal Pelajar Uitm Klik disini

1) Klik pada Student Financial Services (Fine Portal)
2) Klik pada e-KWSP
3) Klik  pada Pilihan Status Bil Belum Bayar
4) Klik  / Jana , muat turun & print surat pengesahan pelajar


3rd Step : Cawangan KWSP terdekat

1) Bawa :
- Borang Pengeluaran Pendidikan
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Tawaran dari Uitm
- Surat Pengesahan Pelajar



Kalau dokumen anda lengkap, jangka masa proses akan jadi mudah dan pendek. Macam gaia tadi ambil masa dalam 15 minit sahaja.


Lepas siap cap ibu jari kiri dan kanan, anda akan dapat surat ini dari pihak KWSP.
Waktu pemprosesan data adalah dalam masa 21 hari.  :)


Prosedur KWSP mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Jika anda baca post gaia ini tarikh nya agak terlalu lama cuba hubungi pihak KWSP yang terdekat terlebih dahulu. Jimatkan masa & tenaga anda daripada pergi ke KWSP, tapi dokumen tak lengkap, da kena pergi 2 kali. hahaha Tapi buat masa ini, ini prosedur yang terbaru.




Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!
                                                                  Keep Smile ^_^


Khamis, 4 Mei 2017

New Phase

Hye everyone!

New Phase as a part time student. Actually since diploma lagi gaia sudah ada niat nak further study tapi buat fulltime la. Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. Finally i'm back to my track! Yeayy, degree! Alhamdulillah.

Uitm Pasir Gudang menjadi pilihan. Ya, Uitm je.. even gaia sendiri pernah memperkecilkan uitm dengan alasan yang uitm bersepah kat Malaysia ni. tak macam U lain. Tapi yang kita tak suka, yang kita tak berkenan tu la yang kita dapat. Hambik kau gaia! ALLAH sebaik-baik perancang. 

By the way, alumni diploma uitm atau dari kolej bersekutu uitm yang related dengan course yang diambil akan dapat pengecualian kredit dengan syarat-syarat tertentu. Untung la hangpa!

Tanggapan pertama gaia bila nak furher study ni biasanya mesti related dengan kerja kita sekarang ni..
Walaupun kerja yang sekarang ni tak kepada course (finance) yang gaia ambil, tapi tidak la menyimpang sangat.. Apa yang mengejutkan ada rakan-rakan yang lain memang tak ada background finance dan kerja mereka pun jauh menyimpang dari course. Bersungguh betul orang nak cari ilmu, gaia yang ada basic pun sudah kena makan anai-anai kot ingatannya.. hahaha sabar jela.

Kalau ada sesiapa yang nak further study part time berfikir la sepanjang-panjangnya & semasak-masaknya. Banyak perkara kena korbankan. Masa hujung minggu (2 minggu sekali), masa tidur (kena buat assignment), duit (yuran, buku, nota, minyak & tol) & nak manage masa dengan kerja yang sedia ada lagi. Tapi kalau niat baik, teruskan ye apply, lepas dapat offer tu baru susun strategi. ALLAH akan mudahkan segalanya, In Shaa ALLAH :)

Untuk yuran, anda boleh buat simpanan, guna duit bonus (yang dapat bukan sebulan dua gaji tapi sepanjang hayat tu --hiperbola je ni) atau keluarkan dapat akaun 2 dari KWSP. Gaia pernah buat urusan dengan KWSP tentang bayaran PTPTN, hanya ambil masa lebih kurang seminggu sahaja, cumanya kena pastikan akaun 2 tu, amaunnya cukup untuk buat bayaran la hehehe

Pada gaia, kalau nak apply, apply la U yang dekat dengan rumah anda, kita pergi kelas da penat perah otak, nak drive balik kelas lagi kena fokus kat jalan raya. Esok da nak keje, kena fokus kat kerja pulak,. Serius, penat bak ang!

Then, untuk subjek pula, dafta 3-4 subjek sahaja, depends subjek & jam kredit. kalau rasa anda boleh bawak, boleh teruskan. kalau ambil seperti yang uitm sarankan In Shaa ALLAH akan grad dalam masa yang ditetapkan, tapi jika ambil subjek sikit dari yang disarankan, maka tempoh masa untuk graduasi adalah lebih lama. Hipotesis katanya hahaha. Buat apa yang kita mampu, bukan yang orang mampu. Cuma bila kita bayar yuran, kena korban macam-macam harapnya result exam pun nanti akan cemerlang, gemilang, terbilang! gituhhhh...hahaha

Baru semester pertama, macam-macam perasaan ada, ini baru permulaan harapnya kekal hingga ke garisan penamat. Moga diperkenan. Mohon doa dari kalian juga :)


UiTM Dihatiku


Ahad, 6 November 2016

Hi! Cameron Highlands.

Hi! Cameron Highlands.

Unplanned.

Last week gaia pi Cameron Highlands, semuanya tidak dirancang.
Tup tup dah sampai cameron. Alhamdulillah, selamat pergi & balik.

Okay, review gambar jom!


Gaia exit Simpang Pulai, lepas tol terus belok kanan, dalam beberapa minit akan jumpa traficc light belok ke kanan, then jalan terus sampai la jumpa traffic light lagi simpang tiga belok kanan.



Muzium Tunnel






 Ladang Teh hujan renyai-renyai :)





Strawberry!!









KEA Garden berdekatan pasar cameron




Tips:

1)  Jika bermalam di sini, sila ambil pakej penginapan termasuk makan ( dinner + breakfast + lunch ) sebab agak sukar jumpa gerai makanan di sini.
2)  Elakkan datang ke sini pada hari cuti, cuti umum & cuti sekolah. ( jalan jem gila!).
3)  Isi minyak petrol secukupnya ( even di highway pun petrol station kehabisan petrol ).
4)  Buat pengunjung yang ingin datang balik hari ( means pergi pagi sabtu, petang sabtu tu terus balik) pastikan anda mempunyai 2 orang pemandu & pastikan keesokkan harinya anda tidak berkerja ditakuti anda kepenatan ( badan flat bak ang! ).



Semoga anda yang belum pernah datang & buat yang teringin nak datang lagi ke sini tercapai.

Kadang-kadang kita ada masa tapi tidak berduit,
Kadang-kadang kita ada duit tapi tiada masa,
Kadang-kadang kita ada duit & masa tapi nikmat sihat tu ditarik ALLAH.
Doa la, doa yang baik-baik.
Moga ALLAH izinkan.
Ameen :)



ALLAH  YANG MEMBERI IZIN ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU KEATAS HAMBA-NYA


Keep Smile ^_^


Sabtu, 8 Oktober 2016

The Southernmost Tip Of Mainland Asia.

Hi Everyone!

Sehari sebelum raya haji lepas, gaia ada pi Tanjung Piai.. kepingin sangat nak melawat kawasan, penghujung benua asia katanya .. klik sini untuk info lanjut.






Selalu google Tanjung Piai akan keluar hat gambar kat atas ni.. little bit teruja!!!!


Biar gambar berbicara :)











 



Gaia sampai sini around 5.10pm da tak boleh masuk ke dalam sebab esoknya sudah raya haji, staff nak balik awal. Biasanya waktu operasi sehingga pukul 6.00pm. Agak sedikit hampa disitu, da terbayang sempadan singapura masa tu, apa boleh buat kan....Ouh ya, setiap pelawat akan dikenakan bayaran RM3 ~ RM5.

Then gaia singgah pula ke Tanjung Piai Resort, tidak jauh dari National Park Tanjung Piai.








Maha Suci ALLAH, ada hikmah gaia tak dapat masuk dalam National Park Tanjung Piai tu.. Dapat lihat ciptaanNya yang indah ini. Terasa tenang seketika :) :)


Rasa nak repeat datang lagi sebab nak melawat kawasan yang tak habis dilawat.hahahaha.. In Shaa ALLAH, anda semua tolong doakan ye... yang mana belum pernah datang, mai la datang.. 


REFRESH  MATA   REFRESH MINDA
      

  KEEP SMILE ^_^


Isnin, 2 Mei 2016

Selamat Hari Pekerja

Hi everyone!


Long time i not type type at this blog right? udah-udah la merepek english nya tu...
Selamat menyambut hari pekerja semua! semoga tabah menjadi seorang pekerja, yang jadi surirumah tu pon pekerja jugak yela dok kemas rumah tu kerja namanya. hahahaha.
Dulu masa sekolah gaia selalu nak cepat-cepat besar sebab boleh kerja cari duit sendiri, boleh beli apa yang gaia nak,  now bila sudah kerja alhamdulillah tak banyak sikit dapat la puaskan hati sendiri, tak banyak sikit ada yang tercapai.

Okay, lets talk about work. mostly semua tempat kerja akan ada foreign worker right? yang tak ada tu awak baca jelah, exercise mata tu sikit. heeee~  Ada yang cerita pada gaia foregin worker ni datang kerja di Malaysia yang tercinta bukan semata sebab duit (tak semua la, ada yang memang nak bantu keluarga), ada yang datang kerja di sini hanya untuk cari pengalaman even keluarga mereka bukan keluarga yang susah, ada tak pa, tak ada pun masih boleh makan. so, gaia harap kita tidak la merendah-rendahkan mereka, mereka pun manusia jugak punya hati dan perasaan.

Ada sorang foreign worker ni sudah habis kontrak after a few years kerja dekat sini, then dia minta balik negara dia before sambung kontrak yang baru dapat cuti beberapa minggu. After dia balik ke sini, then entah macam mana dia cerita cuti beberapa minggu itu hanya boleh spent time dengan family hanya sehari dua sahaja. kalau ikutkan memang tak percaya la, cuti lama-lama tu pergi mana pulak?? Then, dia cakap perjalanan dari airport nak ke rumah nya jauh (pedalaman), kena naik helikopter (army), redah macam-macam halangan baru boleh sampai rumah. Tambang pergi balik yang sangat mahal when convert to ringgit malaysia, ada rakan yang balik sekali masa tu sangat bertuah lah sebab dari airport ke rumah tidak jauh (kawasan bandar).  Masa dia cerita tu, baru rasa Ya ALLAH, bersyukur sangat dengan keadaan apa yang gaia ada sekarang, tak perlu berhijrah pergi negara orang, tak perlu jauh dari keluarga, tak perlu ikat perut semata nak simpan duit gaji untuk hantar kepada keluarga, keadaan penganggkutan yang sangat mudah. Syukur, syukur sangat-sangat.

Bukan seorang dua, tapi kebanyakkan foreign worker ini bila masa rehat mereka balik hostel (asrama) hanya minum air dan terus tidur, makan apa yang ada sahaja. Kalau gaia sehari dua mungkin boleh la, tapi kalau setahun dua? Buat pekerja warganegara, gaia bukan nak banggakan pekerja asing, tapi yang mana baik tu jadikan iktibar. Manusia tiada yang sempurna.

Next, tolong jangan buat andaian ''orang bawahan ini kuli je, orang atasan tak ada kerja goyang kaki''. kalau awak yang jadi orang atasan yang dengar tu agak-agak apa perasaan awak? masing-masing ada kerja dan tanggungjawab masing-masing. Mungkin awak tak tahu yang kadang-kadang orang atasan ini cuba nak jadi orang bawahan sahaja. Pada gaia, masing-masing ada tekanan  pada kerja masing-masing. Orang bawahan merasai tekanan fizikal & orang atasan merasai tekanan mental. Tolong jangan letak kat mindset anda, yang kerja duduk pejabat ini kerja mudah, duduk-duduk, ada aircond, gosip-gosip, chit-chat dan tolong jangan letak kat mindset anda, yang kerja bawahan ini hanya layak untuk orang tak pandai, malas belajar.
ALLAH sudah aturkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin ada sesetengah yang berkelakuan sebegitu, tapi cuba sangka baik. Kejayaan sesuatu perkara itu tidak akan datang hanya melalui sebelah pihak sahaja yang berusaha. Contohnya : Strategi meningkatkan pengeluaran sesuatu produk dan jualan tidak akan berjaya tanpa ada nya operator pengeluaran. kalau operator pengeluaran boleh hasilkan produk tapi strategi jualan pihak pengurusan tiada pun, tak guna jugak. We need each other, teamwork maybe?


Keep Smile ^_^

Jumaat, 25 Disember 2015

Kek In Shaa ALLAH Sedap Order di sini!!

Assalamualaikum!


Lama sudah gaia tak update blog ni. Buat yang tertunggu-tunggu, eeeh?? ada ke yang tunggu entry baru dari gaia? tak pe, yang tak tunggu ke yang da berzaman tunggu ke gaia still update jugak entry kali ini....bhahahaa

Okay! hari ini gaia nak promote satu page kawan gaia..Taraaa!!


RM10.00


Sesiapa yang duduk area ayer hitam, batu pahat, kluang & area JB ( please refer with the owner first ) gaia sangat-sangat rekomenkan awak semua tempah kek  di Sis & Me Bakery  ..In shaa ALLAH puas hati dan sedap!! Boleh klik pada link yang tertera. Sesuai untuk majlis hari lahir, majlis anniversary, majlis pertunangan, majlis perkahwinan  ( selalu kalau ada batch sekolah  kami yang nak tunang or kawin mesti kawan gaia ni  tahu dulu ) & if order untuk suka-suka makan pun boley..heeee~~


Gaia tak gemar sangat kek yang ade cream ke fondant kalau buat rasa-rasa okay la..Tapi gaia ada favorite kek & mini in cup is palova even ada cream tapi sedap banget,heeeee~~ sekali makan mesti nak makan lagi. Ya ALLAH sedap sangat especially mini in cup. Actually, adik gaia ada order mini in cup pavlova with her colleague and at the same time gaia pun ada order jugak. Bila gaia buat perbandingan pavlova Sis & Me Bakery lebih ummmphhh!!. Gaia tidak tahu nak explain rasa mini  in cup tu. kalau nak tahu cuba la beli.. Oh yaa biasa nya gaia order pavlova sahaja leadtime dalam 3 hari sebelum gaia ambil daripada owner untuk kek-kek yang lain tu kena tanya owner sendiri ye..


Apa lagi, order jom!!






BILA RASA INGIN TAHU ITU MAKIN MENINGGI
JANGAN TANGGUH LAGI CEPAT-CEPAT LAH BELI


                 KEEP SMILE ^_^

Ahad, 8 Mac 2015

Suppliment~~

Assalamualaikum semua!

First entry untuk tahun 2015 ni, nampak sudah kemalasan menaipan bertambahan kesibukkan melandaan, bulan march sudah gaia oiiii heeeee~~~

Okeyh! baru-baru ni semua sedia maklum result SPM & STPM tahun 2014 telah diumumkan.. yang tak sedia maklum tu meyh gaia maklum siap-siap.. Result cemerlang ke tak cemerlang ke akak gaia (acececeh akak sudahh) nak bagi nasihat kat adik-adik sambung belaja...duit tak ade la kak, result tak okey la kak... okeyh-okeyh, mungkin ada yang tak boley nak terima kalo gaia cakap benda tu klise..
Sementara nak masuk belajar ni korunk keja la dulu, simpan duit untuk belajar, kalo tak cukup minta parents top up kan, and yang rasa result tak okey tu..akak ni lagi dik, dulu budak account + science kelas no.3, elok-elok form 4 kelas no.2, da kena turun kelas no.3 mase form 5.. malu gak la turun kelas tu pastu yang se-geng pon turun kelas sekali...bhahaha nampak tak sehati sejiwa kat situ.. lepas tu dapat result ala-ala sendu je...yang kawan-kawan lain tu result banyak kredit...akak ni, prinsip akaun dapat 4B (study last minit) tapi math moden dapat 7D, Additional Math jangan cakap la, kelaut pegi nyee...pendek kata dalam 11 subjek yang akak amek ni :

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH
PRINSIP AKAUN
ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY
MATEMATIK MODEN
MATEMATIK TAMBAHAN
FIZIK
KIMIA
BIOLOGI ( cecite dulu nak jadik dokter :P )

Semua gred hadoooo....mane tak nye, kalo cikgu peberet suka duduk depan-depan tengok cikgu sampai tak berkelip mata ni hah, tapi kalo yang tak peberet tu cikgu baru masuk pintu depan akak ni get ready nak seludup keluar dari pintu belakang walaupun akak ni pengawas dengan keje rumah tak siap, submit homework?? ermmmm mimpi dulu 2-3 kali belum tentu gaia submit, gaia oh gaia pengawas ke mawas ni??? dulu bila ada perjumpaan pengawas, cikgu selalu habaq mai ''pengawas ni role model'' ermmm.. role kemana, model kemana.... macam kejutan remaja pon ade ni, baru nak up la katakan ...bhahahahaha...actually peberet ke idok cikgu tu bukan sebab cikgu tu cantik ke handsome ke...idok yeee...for me la kan, cikgu yang garang, suara lantang tu yang tarik perhatian gaia...yang garang tu buat gaia semangat nak belajar..tapi ade je cikgu peberet result gaia di awang-awangan...heeee~~
It's different bila kita berada di kelas depan & kelas tak berapa nak depan ni...faktor persekitaran mungkin, kawan-kawan tu tak menyumbang sangat sebab kami lepak je sama-sama tapi result depa lagi baguih dari akak ni hahh, pasai apa? pasai depa ingat dunia lagi cik gaia oiii,,dop macam ang di awang-awangan sentiasa :p

Ada beberapa suppliment yang gaia nak share kat ang pa semua yang boleh kuatkan balik ingatan, sangat-sangat penting untuk pelajar, bahkan gaia pon makan jugokk...yela sejak umo makin banyak, makin banyak la lupe nye...kadang bila ada yang tanya makan ape tadi? gaia kena amek masa 2-3 minit nak recall balik menu apa yang gaia kunyah tadi...nampak lemah sangat ingatan kat situ...


 dulu masa belajar makan kismis tutup kuning je kalo pastu jual kat pasar malam RM10 je tak silap, pastu upgrade sikit-sikit, kismis anugerah pon sedap! hok ni kismis terlajak laris RM12.

Mula kenal koko minda bila pensyarah marketing ajak gaia & kawan  join lawatan staff politeknik melaka ke serkam, melaka.. mau tak seronok , hanya 2 orang pelajar yang lain-lain semua staff...bhahaha ada banyak advantage baik dengan pensyarah ni eh? ke sebab jadik paberet student ni?? boleh klik kat  Melaka Halal Hub ,  klik  Antara produk halal hub macam-macam ada!!


Inside kotak koko minda tu ada 21 sachet harga RM27.90, dulu bila buat lawatan ngam-ngam final year semester, nama pon student duit tak bape nak ada, so gaia share la dengan kawan ni beli koko minda...memang nak minum jimat-jimat sangat pastu minum bila esok ada exam sebab boleh stay up sampai pagi...macam bagi tenaga la..tapi jangan tak de apa-apa sebab nak stay up sampai pagi tu gatai minum waktu malam...kang tak boleh tidoq kang....bancuh tu kena separuh cawan air je, kalau tak nanti tawar hebehh... nak buat full cup pon boley tapi gaia tambah vico 2 sudu + gula sikit.. gaia ada tanye kat someone yang tahu pasal food ni ''awat rasa tak ngantuk bila minum koko ek?'' ''sebab ada ingredients tambahan dalam tu ke?''
then someone tu jawab ''dalam koko memang ada kafien yang terhasil sendirinya cuma kuantiti kafien dalam koko tu tak banyak macam teh & kopi''
ermmm baru tahu,, dok ingat kopi dengan teh ja ada kafien....huhuhu tambah lagi 1 ilmu :)


BR. HOM ni gaia makan since sekolah menengah lagi..RM 32 ada 240 Biji.




Kemam bawah lidah, mula-mula memang tak reti...lama-lama makin biasa :) ... manis rasa nya macam gula-gula...dulu ingat ubat ni telur cicak... yela, da la bulat putih pulak tu, tak ke sama ja...bhahaha

Ini hanya cadangan, bukan hanya untuk pelajar, orang dewasa pun boleh amalkan kan...boleh cari & beli kat kedai-kedai jual produk kecantikkan...biasanya memang ada jual, gaia tak jual... just bagitahu harga bagi memudahkan korunk buat bajet..harga ni gaia ambil kat kotak & botol...ada sesetengah tempat jual lagi murah atas sebab member card.. ataupun memang pekedai tu memang bagi murah...huhuhuhu...Bila da beli tu please letak kat tempat yang kita selalu stay lama ataupun kerap lalu..contohnya dekat meja office sebelah  PC.. bila sambil-sambil buat kerja boleh la sambil makan, kalo tidak memang tak ingat nak makan, lagi satu.. bila kita da istiqamah makan ni, once kita lupa nak makan, kita akan rasa ade lagi yang tak lengkap, ada yang tertinggal...tak percaya cuba la! :)

BILA NAK CANTIK PERLUKAN SUPPLIMENT
NAK KUAT INGATAN PUN PERLUKAN SUPPLIMENT
                                 
KEEP SMILE  ^_^