Ahad, 29 Disember 2013

Release Tension

Assalamualaikum!

Kalau kita asyik keje je pun boleh mendatangkan tekanan kan? so cara nak hilangkan tekanan tu manfaatkan la cuti umum yang sedia ada.. itu pun kalau dapat cuti, yang kene on duty tu memang tak dapek den nak nolong la yooo...

Okay..beberapa ary lepas gaia hang out dengan kawan, kami pi main bowling 2 round...fuhhh gaia rasa macam nak tercabut da jari-jari ni...Tu tak kira lagi yang bola masuk longkang jekkk..tak pasal-pasal dapat tittle Queen Of  Drain (Ratu Longkang)..Lagi kawan gaia tu cakap biasa nya main sampai 4 round, cukup-cukup la tu karang balik rumah tinggal badan je..tangan & kaki tertinggal kat pusat bowling.Well, indoor activity yang gaia tak minat sangat tapi bila orang yang belanja, dari tak minat jadik minat dengan terpaksa la kan...siapa yang tak nak something yang ada cop ''F'' ..hahaha..Taubat da lepaih ni tak mau main da bende alah tu..



Lepas pi main bowling, kami tengok wayang Jackie Chan 'Police Story 2013' citer ni best jugak..banyak kisahkan hubungan antara ayah & anak perempuan serta hubungan antara abang & adik perempuan..ke arah kekeluargaan dalam masa yang sama tanggungjawab seorang pegawai polis dalam menjaga keselamatan orang awam.

Lepas wayang, kami pi kedai buku popular pulak..ada yang cari novel, ada yang cari diari yela tahun da hujung tahun kan..Disebabkan bin (rak) diari & bin buku tulis sekola tu terletak berhadapan, gaia saje je la usik kawan tu..''Apa kata beli je buku tulis buat diari kan jimat ni lagi murah siap ada 80 muka surat + 4 buku lagi'' kawan gaia tu dah tergelak kat situ.. Ingat lagi bila sekola dulu buku latihan da sampai ke kulit belakang gaia stapler dengan kulit buku latihan yang baru..nampak bertingkek-tingkek la..Lepas gaia pegang & letak buku tulis tu gaia ambil balik, tengok-tengok buku tulis kotak-kotak -_-''.. haduhaiiiii camno nak tulis diari kalau berkotak-kotak?? buat buku 3 5x baya hutang la jawap nya hahaha...tapi kawan gaia tak de nye termakan hasutan gaia yang sangat-sangat tak berfaedah tu heeeee~~...Gaia tak suka sangat ber Diari sebab bila ada diari ni secara automatik nya gaia akan jadik pendiam, tak banyak cakap sebab bila ada diari ni mostly semua benda coretkan kat situ..kire nye diari da jadi BFF la.. Memang sometimes ada benda yang kita nak luah but maybe it's too secret, so that why they choose diary...Masing-masing ada opinion sendiri kan? it's your choice!

Banyak perkara boleh buat untuk release tension ni macam borak-borak, jalan-jalan, makan-makan, main game, kemas rumah,tidur seharian, window shopping, climbing ke @ anything yang korunk rasa yang bersesuaian dengan diri sendiri... Cuti itu perlu bukan sahaja meluangkan masa untuk diri sendiri tapi untuk juga orang sekeliling :)


Jika Jasad sedang bercuti,
Namun minda masih di tempat kerja,
Sebenarnya anda tidak benar-benar bercuti

Keep Smile ^_^


Ahad, 15 Disember 2013

Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Assalamualaikum semua! salam 12 Safar,, sekejap je da bulan Safar kan? Bulan Oktober ary tu gaia dapat lagi panggilan temuduga dari SPA & dapat tahu result dalam awal bulan Disember ni jugakk..Mula-mula bila dapat tahu panggilan jawatan ini da start cuak da...yela sebelum ni pun gaia pernah pergi interview kat Menara Ansar, Johor.. Bila dapat surat panggilan tu tengok tempat interview pun kat situ jugakk...fobia-fobia,,, da la jawatan yang sama, pastu tempat yang sama,, aras yang sama..jangan bilik interview dengan penemuduga yang sama sudahhh...sereemmm sejukk rase...hahahaha.. tapi dapat different bilik & penemuduga..kebetulan housemate merangkap roomate gaia mase belaja kat poli melaka pun dapat jugakk same me me...tapi tempat interview dye kat melaka la & biase nya tarikh interview tu mesti gaia yang kena pi dulu baru dye.. ada sorang lagi roomate merangkap classmate gaia  poli melaka pun dapat jugak tapi kat terengganu..thank you kawan sebab sudi mention pasal gaia kat blog awok... hehehe bila baca entry tu  den ni macam syok sendiri jeekk.. Ouh yaa teringat pasal mention-mention ni gaia ada buat satu entry interview jugak gaia ada citer pasal calon yang gaia jumpa kat sana... tak sangka calon tu add gaia kat facebook (da jadik frend kat fb) heeee~~~ pastu cakap entry gaia tu kelakar.. yela dengan perangai 'tak siap' pi interview saje jekkk kan.. maap ye kak kalo gaia ade tertaip bukan-bukan kat entry tu...by the way akak baik sangat sebab share ilmu-ilmu tu.. :)  Boleh baca keseluruhan kisah benar kat sini

kasi taw result dulu la ye...


No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)

No. Kad Pengenalan
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN
Kod SkimJawatanTarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
Maklumat Jawatan
   3461
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
28/10/2013   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  

Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA


Antara soalan cepu cemas kepada kawan-kawan gaia:

1) Perkenalkan diri
2) Suka matematik tak?
3) Background adik beradik
4) Kenapa pilih jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
5) Tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17


* sory gaia tak ingat sangat tapi salah sorang kawan gaia cakap siap boleh gelak-gelak lagi...oke la tu tak de la calon tertekan sangat kan?

Soalan yang ditanya kepada gaia:

1) Perkenalkan diri
2) Kenapa pilih jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
3) Tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
     jawapan : sini
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
4) Nyatakan jenis panjar yang anda tahu (based on job description)
5) Nyatakan laporan perbelanjaan kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2013 (based on job description)
6) Nyatakan Sistem Perakaunan yang digunakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Refer sini
7) Tuntutan yang penjawat awam boleh lakukan kepada pihak kerajaan. Refer sini
8) Apa langkah yang perlu diambil/lakukan jika perlu menyimpan fail-fail yang sulit & peribadi (P&C) di dalam peti besi?


Gaia ada tips lagi nak share:

1) Try bukak portal rasmi mana-mana jabatan yang related dengan jawatan korunk tu..contoh nya untuk jawatan ni portal jabatan akauntan yang gaia da attached link kat atas tu.. & maybe link ni pun boleh membantu Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia & Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam 
2) Kena tahu isu semasa macam sekarang banjir, sukan sea or Anugerah Industri Muzik (AIM) mungkin?
3) If ada kenal someone yang keje gov jawatan yang ang pa dapat jawatan interview tu pi tanya macam mana depa buat kerja.. dari segi sistem ka, pengurusan ka...apa-apa ja la..(hok ni tips daripada penemuduga tu sendirik taw) tapi tak de la mereka cakap slanga utara..saja kasi lain sikit..hehehehe
4) Dulu gaia ada buat entry pasal interview ni jugak,,kat entry tu gaia ada tulis yang kawan gaia dapat job ni.. Klik sini untuk baca kisah benar After dapat tahu pasal second interview ni gaia try la mintak tips kat dye, mula-mula dye cakap rileks, jangan gelabah, masa perkenalkan diri tu citer pasal pengalaman & aktiviti koko macam pasukan menari sekola @ pom pom girl,,sangat kelaka okayyy...hahaha.. Dye pesan lagi jangan tinggal Dhuha, ade rezki tak kemana...After gaia tahu dye dapat job ni gaia wish la kat dye & one more thing yang gaia salute kat kawan gaia ni dye stop chatting teruih pi solat awal..yela kami ni stay kat joho even though daerah lain-lain tapi, waktu solat tak de la jarak sangat..
5) Ada kawan gaia yang lain pun pesan Dhuha & Surah AL-Waqiah.. Petua isteri/bakal isteri sentiasa cantik : selepas solat isyak ambil segelas air, baca Al-Fatihah 1 kali, ayat kursi 1 kali, surah Al-Waqiah  ayat 35-38 7 kali, lepas bace semua surah tiup kan pada air & minum.. 
6) Ex-officemate gaia baru dalam 3-4 bulan keje tempat baru,, da kuar kete baru..wahhh murahkan rezki dye..dye cakap rajin-rajin la bace mathurat... baikkkkk! :) dalam mathurat tu ada doa yang Nabi Muhammad aja kan kepada Abu Umamah untuk bebas dari belenggu hutang.
7) mungkin solat hajat & solat istikharah pun membantu.. istikarah ni bukan nak mintak jodoh je..


~Istikharah~

-bukan hanya dilakukan hanya untuk membuat pilihan pasangan hidup akan tetapi untuk pilihan untuk memudahkan kehidupan seharian (nak kerja yang mana, nak cakap apa, nak pakai apa, nak makan apa)
-melakukan solat istikharah setiap hari ( sebaik-baik ibadah adalah secara istiqamah)
-lakukan sebelum tidur atau bangun sebelum subuh

petunjuk: 
1) jangan penuhkan minda dengan pilihan yang kita suka, kosongkan fikiran & fikirkan hanya ALLAH berhak memberi serta mengambil sesuatu dari kita
2) tidak semestinya petunjuk melalui mimpi, kadang kala sesuatu perkara tu nampak mudah, semua urusan berjalan dengan lancar 
3) ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa
4) jika selepas kita buat pilihan itu terdapat konflik, jangan berasa kesal kerana jika yang kita pilih itu contohnya pasangan hidup, manusia begitu sinonim dengan 'Ketidak sempurnaan nya' (ada hikmah disebaliknya, ALLAH tahu apa yang terbaik)
5) minta orang sekeliling yang rapat turut melakukan solat istikharah ( keluarga, terutama nya ibu bapa~ doa-doa la ye dapat menantu pilihan/ apa yang si anak tu hajatkan  )

  -3 Ustazah-


Kadang-kadang bila kita da usaha sehabis baik,doa,ikhtiar, tawakal tu semua..buat amal kebajikan kita masih tak dapat apa yang kita nak kan? Ada kaum yang belum Islam (Non-Muslim) buat amal kebajikan jugak & tak minta dengan ALLAH tapi perolehi kesihatan yang baik, kaya raya, bijak pandai..kita kena ingat, bila ALLAH tak bagi/kabulkan permintaan kita kat dunia ni..ALLAH simpan untuk kita kat Akhirat kelak..

''Dan orang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah yang rata, yang disangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, dan dia tetap mendapati hukum Allah disisi amalnya. Lalu Allah menyempurnakan perhitungan amalnya dan Allah sangat cepat perhitunganNya.'' (Surah An-Nur : ayat 39)

''Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.'' (Surah Al-Furqan : ayat 23)

Kaum yang belum islam ni dapat semua ganjaran  di atas amal kebajikan di dunia sahaja tapi tidak sedikit pun ada untuk di Akhirat :) ~Ustaz Taha Mohd Omar~


REZEKI MASING-MASING

         KEEP SMILE ^_^


Jumaat, 22 November 2013

Matured Person

Assalamualaikum!

Ary ni tetiba rajin pulak nak update blog,, pagi-pagi pulak tuh...errrrkkk xdela pagi sangat kan..actually ary ni public ho ho ho holiday untuk negeri johor sempena ary ulangtahun keputeraan Sultan Johor ke-55..Daulat Tuanku!!

Oke, back to the topic... Matured person ni ape yang gaia describe ialah seseorang yang bertindak, bersikap sewajar nya pada umur kini atau bersikap seperti orang yang lebih dewasa daripada umur nya sendiri.. pernah denga ayat ''tak matang langsung!''?? cuba recall balek sebab @ peristiwa macam tu terjadi..

Pada gaia, matang atau tidak seseorang tu sebena ya dipengaruh pelbagai aspek, especially persekitaran, kawan-kawan & keluarga.. Kehidupan masa belaja kat asrama tak seindah kehidupan kat rumah,, duduk dengan family,, nak apa semua dapat & ade,, walaupun tak semua la kan..pendek kate semua nya semudah ABC,,acecehhh da macam iklan pulokk weyhh...bila dapat further study, duduk asrama @ rumah sewa semua nya kena buat sendiri,, bila kita jauh dengan keluarga..banyak keputusan yang perlu kita buat sendiri.  Tapi tu la yang bagus nya duduk jauh,, jadik orang yang berdikari..tak de la sikit-sikit nak merengek, sikit-sikit mengadu kat orang tua,, boley nak mengadu, merengek tapi jangan la selalu,, nanti susah aty mereka :) ...kalo ade yang boley settle, settle sendiri,, time ni la kawan-kawan sebilik, serumah se dorm main peranan.. Kadang-kadang gaia rase kawan-kawan lagi paham kita dari family,, sebab apa?? mybe sebab umur sebaya,, otak gila-gila, makan sepinggan, tido sebantal & setilam, senang nak kongsi cerita dari A-Z  (hiperbola je tu) tu diaaaaa sampai macam takde rahsia...hahahahaha

Orang yang matang ni pun muka pun ikut tempias sama.. Mostly customer yang gaia jumpe mase keje cashier kat Aeonbig lepas SPM dulu panggil gaia ''kakak''...APAKAH?? kalo customer tu semua budak sekola tak pe la..ni bapak budak tu pun panggil camtu..camno pulak tuuu... hahaha bukan nak highlight kat sini yang gaia matang tapi den ni nampak tua sangat ke customers sekalian?? mula-mula denga tu macam awkward..tapi lama-lama da biasa da...pada gaia panggilan ''kakak'' tu tak luak pun..gaia anggap tu panggilan hormat depa kat gaia..Even kat tempat keje gaia sekarang pun ade yang ingat gaia da umo 24, 25,26 camtu...den ni nampak akak sangat la yoo...hellooooo i'm 22 years old okeyyy...hahaha ignore jela..tak penting semua tu..it's just number :) ... Muka adik gaia lagi matured,, bila kiteorang kuar jenjalan @ jumpa kawan-kawan gaia mesti diaorang cakap yang adik gaia ni kakak...hahahaha best3!! tu la ayat yang selalu nak denga....hehehe~~~enough gaia,, stop dreaming nak jadik adik pulak da....cara dye dress up maybe influence jugakk..tapi memang serious, adik gaia mostly matang dalam semua perkara, even kadang-kadang dye boleh cakap sesuatu yang gaia tak terfikir pun pasal future..banyak minum anmum materna kot dulu ni..hehehe just joking!! tak salah kalau denga @ ikut pendapat orang lebih muda ni sebab ayat ''aku makan garam dulu dari kau'' kita tak boley nak guna dalam semua situasi & tak semua garam orang tu penah rasa betul tak? contoh nye garam bukit @ garam buluh...hahahaha

Persekitaran pun antara faktor pemikiran seseorang tu jadi lebih dewasa dari umur yang sepatutnya.. apa yang gaia maksudkan disini bila someone tu banyak perhatikan kan ape yang berlaku disekeliling dye,, tak perlu nak amek contoh jauh-jauh,, if kita ada abang kakak, cuba tengok macam mana dyeowg uruskan kehidupan seharian,, biasa la hidup ni kan ada turun naik,, so yang time naik tu ikut, yang turun tu plak jadikan pengajaran.. novel & cerita-cerita kat tv tu pun sebena nya da upgrade thinking level kita sebena nya...cuma antara kita sedar @ tak je...Manusia ni kena banyak ingat mengingati,, yola nobody's prefect right? Lumrah hidup~~



SESEORANG YANG BERSIKAP MATANG ITU
PASTI AKAN ADA SIKAP KEBUDAK-BUDAKANNYA

                                                    KEEP SMILE ^_^



Sabtu, 5 Oktober 2013

Air papan!

Assalamualaikum semua!

Beberapa minggu lepas gaia pi family day dengan kawan-kawan satu office di Air Papan, Johor...kenape ek name nye Air Papan? kat air tu ade papan ke?? dulu pernah datang sini sekali,, tu pun mase sekolah rendah..berkurun da gaia oiii..hahaha actually gaia yang anak jati Johor Darul Takzim (JDT) ni pon tak tahu apa, mengapa, siapa, bila, bagaimana nama tempat tu Air Papan, dimana tu tahu la, di Mersing dekat-dekat Politeknik Mersing,, fuyooo tengok dari luar da tahu besar giler poli tu,, poli baru kann...hehehe well,, ex-student politeknik ni proud of u!!

Oke berbalik pada tajuk entry ni.. Disebabkan gaia keje half day sabtu tu,, so kami semua berangkat agak sedikit lewat, sampai-sampai sana da dekat maghrib
Sun set :)
Daripada Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR.  Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)

Nice view kan?? tengok laut rasa time tu jugak nak terjun mandi...hehehe


Kami bermalam disini!


View waktu pagi, segar je rase!
Mau balek sudah :'(

Shopping time!

another shop! ngeeee
Panjang umur kesini lagi la yerkk


Sekian sahaja laporan percutian gaia & kawan-kawan di Mersing
Need new proposal for the next awesome trip vacation
                                                                        Keep Smile ^_^

Selasa, 24 September 2013

Interview Pembantu Am Pejabat Gred N1 (PAP)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, ary ni gaia pi Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang johor (hospital baru) bagi menghadiri temuduga jawatan Pembantu Am Pejabat..Tiada berteman, tak macam interview-interview kerajaan yang lain sebab dekat,, hey gaia tempat interview dekat pun nak ngengade!! Pi punye la awaii pukul 7 pagi pastu sampai hospital tu dalam pukul 7.45 pagi (dari ayer hitam la katekan)..ingatkan gaia antara calon yang terawal sampai rupa-rupa nya bederet calon beratur dari yang duduk kat kerusi yang sedia tersusun, yang berdiri sampai la kat tangga! uitt mak aiii panjang bona weyhhhh..phewphew...da macam temuduga terbuka untuk perajuit muda tentera pulak...

Okeh, gaia start beratur berdiri borink yang amat mula la cuit calon depan belakang...hehehe borak punye borak, hilang la perasaan jiwa kacau + bedebar a.k.a dedor nye tu..dok tanye ''dari mane?, keje ape?, apply jawatan apa?'' hah kan da start peramah nye tu datang, hamek kau! naseb depa suma ok ja..^_^ ada calon yang tanya gaia ''ada ujian bertulis ke?'' hah?? bia bona?? den ni tak study apa-apa pongggg!! (cenggini la calon terbaik yang selalu pergi interview memang tak get ready apa-apa saje datang nak luangkan masa dengan penemuduga) cap ngan yin gitu,, alaa brand yang produce kacang goreng de logo tangan tu! gaia, gaia, gaia...  you're the best la kalo bab malas study ni...lepas tu another calon tu cakap ''a'ah memang ade ujian bertulis, 1 soalan je'' pastu gaia tanye lagi ''abes tu soalan dye objektif eh kak?'' nak senang je kan idup ko gaia...grrrr~~ akak tu jawap balek ''tak la solan tu subjektif, biasanye pasal isu semasa sebab akak pernah datang interview ..kalo under kementrian kesihatan memang ada ujian bertulis.''ouhh ok2..hehehehe tapi akak tu interview jawatan attendant kesihatan U3 tak silap.. nak jadik kan cerita, akak tu pun cari la pen dalam handbag dia, (ujian bertulis kan, pen pun kene sdn bhd) cari punya cari dapat pen, tapi pen merah,, pastu dye cari lagi, tengok dari dalam da nampak macam dakwat hitam,, biler keluarkan tup2 eye liner pulok! hahahahaha akak tu cam da malu da pastu cover sikit ''beg akak ni banyak lipstik je dalam ni..hehehe'' kali ke-3 dok seluk dalam beg tu akhirnya jumpa jugak ade, calon tu  ayah dye bawak kan pen 2 batang lagi,,  pastu siap bagi kata-kata semangat kat anak dye..jeles okeyyhh!! gaia datang sorang je...sob :'( da! jangan nak drama gaia!!eleee...gaia pun family wish jugak...hehehe.. entah macam mana pagi tadi gaia boley nak bawak pen jugak, ALHAMDULILLAH, syukur tak la susah nak pinjam ke hape tadi..Time tu la baru nak message akak suruh tengok surat khabar pe yang jadik isu sangat menyengat ( muka depan akhbar) ary ni...see,, tu pun tak buat! take note gaia... next time sebelum interview pagi-pagi buta tu beli surat khabar!~ 

Akak yang bagitahu info ujian bertulis tu pun ada bagi tips interview jugak kat gaia meh gaia share meh:

  1. bagi calon lelaki baju kemeja mestilah berwarna putih, berseluar slack hitam, berkasut hitam ( yang baju kotak-kotak tu tak boleh ye)
  2. bagi calon perempuan, jangan pakai baju yang memerlukan kan anda memakai inner contohnya baju yang berwarna putih dan warna-warna yang cerah (mungkin nampak serabut),, warna sedemikian boleh tapi jenis kain adalah tidak jarang,, sebab warna yang sesuai untuk temuduga adalah warna-warna pastel, jangan pakai tudung & baju yang mencapap a.k.a bling-bling paham-paham jela ek, kasut bertutup (simple tapi cantik)
  3. sijil-sijil yang depa nak tu copy pastu cop siap-siap
  4. kalo apply jawatan pentadbiran @ pejabat biasanya calon yang ada sijil komputer diutamakan
  5. bila dalam bilik interview duduk di kerusi macam nak bersanding (tersengih-sengih gaia mase parktis pagi tadi, hihihi) , kalo boleh jangan sandar pada kerusi,, kire duduk tegak cam patung la ni.. (saba ye para calon sekalian) 
  6. Peka siapa Yang Dipertuan Agong, Menteri Besar Negeri, Sultan Negeri, Perdana Menteri, Timbalan, Menteri & Timbalan Menteri under kementrian yang calon apply, daerah setiap negeri, rukun negara & so on yang berkaitan

Biler da beratur lame,, turn gaia daftar & pi 1 bilik untuk buat ujian bertulis tajuk nya adalah MASALAH GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA.  20 patah perkataan dan masa diberikan adalah 10 minit.. bedal jela time tu ape yang hado dalam buah fikiran..tapi gaia tulis panjang rase cam lebey 10 minit..hehehe..

After ujian bertulis, gaia pi Bilik LTD17.. Penemuduga adalah perempuan, 2 0rang macam biasa :) .. antara soalan yang ditanya adalah:


  1. Perkenalkan diri anda (soalan wajib)
  2. Gaji yang diperoleh ditempat kerja sekarang (soalan wajib)
  3. Tugas anda ditempat kerja (soalan wajib)
  4. Tugas jawatan yang anda pohon (soalan wajib)
  5. Cara nak jimatkan kertas bila print (pelihara alam sekitar)
  6. Bilangan adik beradik
  7. Ada tak adik beradik yang berkhidmat di sektor awam
  8. Kenapa tidak sambung diploma ditempat yang sama (sijil di politeknik melaka)
  9. Kenapa tidak sambung diploma lanjutan (diploma lanjutan keusahawan di perak taraf degree bawah sikit)
  10. Selain jawatan Pembantu Am Pejabat (PAP), jawatan apa lagi anda rase layak mohon jika jawatan ni sudah penuh
  11. Boleh bertugas dikawasan yang jauh (soalan wajib)
  12. Aktiviti yang disertaikan semasa melanjutkan pelajaran 
  13. Apa perasaan & padangan, jika kelulusan anda yang tinggi agak tidak setaraf dengan jawatan yang anda bakal sandang(diploma holder), manakala pihak atasan mempunyai kelayakan yang sama 
Lepas abes interview tu gaia tanye la penemuduga tu '' Cik, ada apa-apa kelemahan tak cik nampak kat saya masa interview tadi?'' Salah sorang tu jawab ''Setakat ni tak ade apa-apa masalah, awak ok.. cuma jawatan ni agak rendah untuk awak sandang tapi yang penting confident!'' yang penemudga sebela tu cam angguk je,,, hurmmmm punahhh la arapppannnnn aty ku ingin hidup bahgia....bhahahaha meroyann pulakk..Ade rezki, ade la gaia yerkkk

USAHA Escalator Kejayaan
                      Keep Smile ^_^

Selasa, 17 September 2013

Duka tapi syukur


 Assalamualaikum!

errr,, still ingat lagi entry pasal interview Penolong Pegawai Tadbir N27 tu?? tengok tajuk entry ni pun da tau kan...

No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)

No. Kad Pengenalan:  
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN

Kod SkimJawatan
Keputusan Temu Duga
   2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA



Urmmm nampak nya rezeki masih lagi tak memihak pada gaia...it's ok.. da 3 kali kene reject,, steady je la kan...hidup perlu diteruskan & hidup untuk makan!! makan sokmo la gaia oiii....heeeeeeeeeeeee~~~


           وَاذْ تَاذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَازِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ انَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

(Surah Ibrahim Ayat 7)


Alhamdulillah, actually result untuk jawatan ni da lama taw,, sebelum raye lagii.. tapi yela benda tak bape nak baik kan,, lambat la nak update nye...hehehe..tapi based on Surah Ibrahim ni,, something yang baik berlaku, seriously gaia dapat lagi surat panggilan interview untuk jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 (PAP) under kementerian kesihatan, rezki nak dapat jawatan ni dop tahu lagi..tapi kalo rezki nak tambah pengalaman interview tu akan diusahakan!! (walaupun jawatan yang rendah, tapi kalo cuba pun tak salah kan?)..chaiyok-chaiyok gaia!.. betul la kata ALLAH, biler gaia syukur dengan rezki yang diberikan sekarang, DIA tambahkan lagi,, syukran :) .. Ayat-ayat Quran ni kalo kita teliti betul-betul maksudnya & paham hikmah setiap kejadian yang berlaku atas diri kita, In Shaa ALLAH semuanya akan jadi lebih baik (maap, gaia bukan la alim sangat)..so, think positif ye kawan-kawan!! Segala yang berlaku ada hikmah nya...yeah, boleh cuti lagi...hehehe every month cuty saje~~

Nothing to say
                        Keep Smile ^_^




Khamis, 29 Ogos 2013

Walimatul Urus :)

Assalamualaikum!

After bulan pose ary tu sampai la ke ary raye gaia tak de update pape pun.. bukan tak de bende nak di-update sebab cuma idea tu xmariiii jekkk...ni baru blog,,, kalo penulis novel tu agaknye camno la kan?? lantak pi depa la kan...hehehe by the way da alang-alang masih di mood raye ni gaia nak wish selamat hari raye aidilfitri maap zahir & batin yeeekkk segala yang merepek merapu didalam mahupun diluar alam siberrr ni..yang baik dijadikan teladan, yang buruk tu tegur2 la ye :)

okeh straight to the point, last week gaia pi kenduri kawen kawan,errr kawann?? tak tak tak pengantin ni macam kakak gaia!! actually dulu mase keje kat carrefour @ sekarang ni Aeonbig kami de group2 la & dalam group kami pengantin ni yang paling dewase lorrhh (tapi akak ni comey2 je orang nye) that's why gaia paling kakak..kali ni memang beria nak pegi sebab mase bulan 5 tu tak dapat join another wedding member group yang same sebab tarikh depa pilih sama dengan election day..hurmmm tak bulih wat po da kan..







Tahniah kak! semoga perkhawinan ini diberkati, dilimpahruahkan rezeki, dikurniakan anak-anak yang comel-comel macam akak & encik suami serta semoga berkekalan till JANNAH...Ameen!!



















Rumah pengantin di Felda Palong 9, Negeri Sembilan Darul Khusus :)








 pelamin :)
Errrr.. majlis ni pun ada sesi tol taw! sebab family akak ni pun ada yang asal dari johor tak sure pulak belah mak @ ayah pengantin.. tapi bila kami sampai pengantin da nak sampai pelamin da,, tak nampak macam mane sesi tol tu berlaku..Sesi tol ni maksudnya ada certain tempat yang telah di ''mark'' untuk orang-orang rewang @ kenduri contohnya,, depan pintu gerbang , depan pintu rumah & depan pelamin,, depa eh silap-silap ikut slanga johor la,, diaorang kumpul reramai pastu siap letak kusi (kerusi) terus duduk tak bangun-bangun sampai la semua dapat habuan masing-masing (duit la pe lagi hehehe), ade sesetengah tempat siap ulo (hulur) dulang kosong yang sepatutnye dibuat hidang lauk...errr...macam-macam perangai tu tak temasok yang kat pelamin,, kalo tak silap mak andam pun dapat upah jugak kot...hahahaha pokai la pengantin lelaki cengitu..so,, sesiape yang ade hati nak kawen dengan orang johor tu beware la yekkk..penuh kan poket anda sepenuh yang mungkin,, kalo tak jangan harap nak duduk besanding dengan pengantin perempuan :p




Door gift! datang majlis orang buek perabeh kan boreh jo...pastu dapek pulok door gift ni...ingat akak, ingat donut pedas ( ni pun orang johor je yang taw) terima kasih ye kak!!

 Kak nora: gayah ko biler lagi??

 Gaia: coming soon kak!! ( cakap beria, soon nye tu tak taw  bilerr) hehehehe,, someday maybe, In Shaa ALLAH :)

# Berjauhan bukan bermaksud tidak akan berjumpa selamanya

Andai ada masa & ketika di next rombongan akan bersua muka #


                                       Keep Smile ^_^

Jumaat, 26 Julai 2013

Ketupat!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, diam tak diam da 17 ary kite berpuasa,, selamat menyambut hari Nuzul Quran,, kalo dulu study kat shah alam, dapat la ber'public holiday' hurrrmmmm,,now nak buek camno kan..already menetap kat johor ni redho jo la...huhuhu hari ni gaia keje seperti biasa, tapi sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil anyam ketupat! tapi ketupat reben la sebab belum raye lagi..oke la tu kan daripada buat 'ketupat' yang tak mendatangkan hasil tapi menambahkan dose..hehehehe..nanti da nak raye baru anyam betul-betul guna daun kelapa :)

korang mesti ade pengalaman tersendiri mase mula-mula belajar anyam ketupat?? first time gaia belaja buat bende alah ni mase darjah 4 kot kalo tak silap..mula-mula buat asyik tak jadi, sampai macam da give up..tapi biler tengok adik pun pandai ( adik cepat pickup sikit, sikit je pongg), tercabar pulak diri ni..last-last berguru dengan adik sendiri...hehehehe..sampai la sekarang ilmu ni masih lagi diguna pakai...



taraaaaaa!!
ini la hasil nye


Dengar-dengar orang cerite ketupat ni ade 2 jenis, ketupat bawang & ketupat sate.. yang gaia anyam ni ketupat sate, ketupat bawang comey je bentuk nya tapi gaia tak pandai buat....sate pun sate la gaia oiiii...yang penting jadik,, kan ^_^



Salam Ramadhan Al-Mubarak  
                
               keep smile ^_^




Selasa, 9 Julai 2013

Hari Jubah!

Assalamualaikum!

Hye semua..hopefully korunk sihat sejahtera hendak nya.. Alhamdulillah, akhirnya nya gaia dapat mengenggam segulung diploma.. 2 Julai 2013, Dewan Besar Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi saksi,, chewaaah ayat... Segala nya berjalan dengan lancar dari hari raptai hingga la hari untuk pulang jubah... Praise be to ALLAH, DIA sangat2 memudahkan segala urusan gaia... ALHAMDULILLAH! housemate merangkap roomate menawarkan diri tu menumpangkan gaia sepanjang raptai & pada hari pulang jubah..kalo nak diikutkan perjalanan dari putrajaya (stay rumah kakak) ke shah alam lebey kurang 1 jam, naik kereta pun boley tido-tido,, kalo naik moto achaner tu?? thanks ya sahabat,, jasamu ku kenang :) Rindu! bila jumpa Housemate + Roomate + Classmate, macam-macam cerita kami kongsi.. Ada jugak yang tak dapat jumpa walaupun hadir pada hari raptai yang sama..tak apelah bukan rezki nak jumpa kan... Puan-Puan & Tuan-Tuan Pensyarah terima kasih ye sebab luluskan semua paper saya tu (2 semester je pun) huhu..Tak lupa ucapan ini ditujukan buat keluarga yang banyak membantu dari segi mental & fizikal terutamanya BERSABAR dengan anak, adik & kakak yang UNPREDICTABLE macam gaia ni.... berjaya jugak dapat diploma ni kan walaupun melayan orang banyak karenah ni sampai geleng kepale yeeee...hehehe


Hari Jubah kali ke-2,,In Shaa ALLAH akan ada kali Ke-3.. Seronok nak konvo lagi tapi yang tak seronok kene menghadap buku yang tinggi menggunung.. hehehe.. mungkin ya mungkin tidak ALLAH will give me what's best! Kepada sesiapa yang dapat mana-mana tawaran tuk sambung belaja, @ ada niat nak further lagi tu teruskan la niat anda.. sesungguh nya waktu belajar sangat manis dikenang lebih-lebih lagi bila dapat hadir pada Hari Jubah anda sendiri!! result tak memberangsangkan waktu sekola dulu bukan 1 alasan @ halangan untuk tidak menyambung pelajaran ape yang penting Nawaitu Saumagadin nye tu betul...hehe takpe, kalo betul-betul nak belaja,  study kat institut kemahiran pon ok ape ILP ke, IKBN ke,, walaupun bermula dengan sijil korunk still lagi boley uprgrade education level tu macam gaia ni, gaia tak pernah expect atau target untuk dapatkan diploma masa Form 5 dulu,, nombor pin upu pon gaia tak beli... yela mula-mula ingat lepas spm keje jela pape janji keje,, sementara tunggu nak dapatkan result spm tu, gaia keje kat Carrefour @ sekarang lebey dikenali dengan Aeon Big sebagai cashier, paham-paham jela dalam 3-4 bulan macam da tak larat nak membanting tulang 4 kerat ni.. Nasib baik kakak ade apply kan sijil politeknik, ok la sijil  badan bekerja (masa kuliah) paling kurang pun 5- 6 jam sehari dari kene keje 12 jam ary-ary betul tak?nanti mase korunk belaja akan ade 1 tempoh korunk praktikal siapa taw, bos kat situ akan offer kerja & gaji yang masyukkk... gaia pon dapat tapi gaia tak keje kat department tu pon sebab rase da seronok sangat nak sambung diploma time tu..so, den koje yang biase-biase je sementara nak sambung diploma kumpul duit blaja la kate kan... pasal pinjaman pelajaran tu jangan risau, untuk institut kemahiran biasenye depa bagi elaun kat student setiap bulan,, cuma xdela banyak sangat, kalo jimat cermat xdela sampai nak ikat perut..  Untuk kolej & universiti pulak student akan diberi Wang Pinjaman Pendahuluan untuk awal semester, kalo tak nak guna duit tu juz simpan je sebab depa akan tolak dari jumlah pinjaman sebenar PTPTN nanti,, kalo yang tak nak pinjam PTPTN tu kene pulang balek la Wang Pinjaman Pendahuluan tu ye... Kalo boley study la kolej @ universiti awam  sebab yuran lagi murah dari kolej @ universiti swasta,, nanti payah pulak nak bayar balek pinjaman PTPTN tu.. Cuma kene igat  Kita kena susah dulu baru boleh senang kemudian  :) Ouh yaa..lusa da nak sambut 1 Ramadhan, selamat menyambut Ramadhan AL-Mubarak,, Panjang umur jumpa la kita untuk next entry pulak...


Rezeki Bukan Sahaja Diberi Dalam Bentuk Kewangan
Akan Tetapi juga Dalam Bentuk Persahabatan

                           Keep Smile ^_^

Ahad, 23 Jun 2013

Good Luck!

Assalamualaikum!

Lama da gaia tak update blog ni..bukan tak ade masa cuma tak ada idea..hehehe..
Korang igat tak gaia ada tulis entry pasal exam Penolong Juruaudit W27 tu?? result da keluar ary khamis lepas dan keputusan nya ialah :

No. Kad Pengenalan:
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 18/5/2013.

Tengok result kali ni tak ade la kuciwa sangat sebab tak letak harapan yang tinggi pun, gaia taw ramai calon yang lagi layak, lagipun based on the name of position tu pun mengenai audit tapi gaia tak ade amek subjek audit mase sijil & diploma, terang lagi bersuluh cek tak bulih nak sangkal kegagalan result exam ni...hahahaha...Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang lulus exam ni,, tapi majoriti kawan-kawan gaia pun turut sama berjuang dalam kegagalan result ni...haha berjuang dalam kegagalan tu yang tak tahan... berjuang menahan kesedihan la katekan...tak pe kawan, tak de rejeki tu nama nya oke :)

Baru-baru ni ramai kawan yang dapat surat dari SPA untuk exam Penolong Akautan W27, gaia tak dapat, tapi gaia doakan korang berjaya okeh! maybe situasi exam kali ni lebih kurang dengan exam juruaudit dulu, cuma soalan je yang berbeza, so korang yang dapat surat tu Good Luck yee!!

Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya
                                         

                                      Keep Smile ^_^


Ahad, 9 Jun 2013

AMALAN MEMURAHKAN REZEKI

Assalamualaikum..

ary ni gaia juz copy paste je tok entry kali...so, jemput2 la bace yerkk :)

Print
ImageAmalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)
8. Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Seawal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Mengeratkan Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

sumber : JAIS

Ahad, 2 Jun 2013

Indahnya Keluarga Bahagia

Assalamualaikum!

Sejak awal tahun 2013 ni gaia boley dikatakan selalu dijemput oleh rakan-rakan untuk menghadiri walimatulurus,, oke terasa umur da makin meningkat...selama ni sedar da tua, tapi buat-buat muda remaja je...hehehe

Seperti biase soalan cepu cemas wajib terjah ke telinga gaia,,,'' kau biler lagi??'' ''biler nak makan nasi kenduri??'','' da bersedia nak jadi menantu??'' hah?? soklan ketiga tu macam first time je dengar & bebeza sikit tapi lebih kurang je maksudnye,, cuma arap-arap itu bukan satu risikan...hahaha...

Last week gaia ade pergi 1 ceramah kat kampung jiran sebelah mengenai Indahnya Keluarga Bahagia..Tuan rumah ni wat ceramah sempena walimatulurus anak pada siang ary & wat ceramah pada malam ary, Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Norhafizah Binti Musa..Alhamdulillah, since gaia menetap kat aitam ni terbuka minda & akal sebab sebelum2 ni kalo ade majlis walimatulurus biasa nya pada malam ary ada karaoke atau joget lambak now, sikit-sikit da nampak ade perubahan yang baik macam last month ade walimatulurus jugak pada siang ary tapi diserikan dengan lagu-lagu nasyid daripada DJ muslim / muslimah dan ada qasidah...urmmm mane-mane acara pon boley dianjurkan cuma, kalo ade pendekatan yang baru & bagus ape salahnya kalo kita pon ikut kan?

Antara pengisian ceramah :

4 Perkara yang perlu ada sebelum berumahtangga:

  • Kejelasan matlamat rumahtangga
  • Pengisian rumahtangga
  • Kekuatan rumahtangga
  • Penilaian rumahtangga (musahabah / audit diri selalu)

4 Perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan di dalam rumahtangga:

  • Suami yang soleh
  • Rumah yang selesa
  • Jiran yang baik
  • Kenderaan yang selesa
Amalan selepas solat

Doa Taubat :
''Ya ALLAH ampuni daku, kasihi daku, terima taubatku dan begitu juga kepada kedua ibubapaku''

Tasbih:
''Maha Suci ALLAH yang Maha Hidup Lagi Maha Berdiri Sendiri''

''Maha Suci ALLAH yang Esa Lagi yang Maha Memperkenan Segala''


Antara Amalan Limpahan Rezki yang Diberkati:
  • Surah Adz-Dzariyaat ayat 58
''Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan yang teguh''
  • Surah Al-Qasas ayat 24
''Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku''
  • Surah Asy-Syuraa ayat 19
''Ya ALLAH Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada siapa jua yang Dia kehendaki dan Dia Maha Kuat Maha Perkasa''
  • Surah At-Taubah ayat 129
''Maka jika mereka berpaling dari keimanan maka katakanlah (Muhammad) cukuplah ALLAH bagiku Tiada Tuhan Selain ALLAH, Hanya kepada Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang Memiliki Arasy yang Agung''



Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
  • Doa
''Ya ALLAH, kekalkanlah nikmatMu kepada kami dan berlembutlah kepada kami pada apa yang Engkau takdirkan''

Hanya Mampu Menyerahkan Segala-gala nya pada yang SATU, Di atas sana,
DIA hanya akan memberi apabila Hamba-Nya telah bersedia untuk menerima..
                              Keep Smile  ^_^