Selasa, 20 Mac 2012

1001 Kisah Teladan

Assalamualaikum...


Greeting kali ni more islamic sikit la kan...haha
juz wanna share artikel ni ngan k0rang & egatan t0k diri ini jugak,,kadang2 biler b0ring asyik 0nline dengan facebook la, twitter la, tonton la biler rajin2 sikit bukak la page2 pasal ke akhiratan..sebab kita hidup ni perlu mengejar dunia & akhirat...kal0 asyik kejar akhirat,,yang dunia terabai p0n xboley jugak kan..cam tu la sebaliknye,,


NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT
                        Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.

                        Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

indahnya kal0 ajal kita p0n boley ditunda...xp ajal maut tu sume telah tertulis di Luth Mahfuz setelah kita membuat perjanjian dengan ALLAH ketika dalam kandungan lagi,,ianya pasti berlaku tidak cepat sesaat mahupun lambat sesaat..Mati itu pasti cume kita tidak tahu biler dan bagaimana ianya terjadi..sem0ga kita akan ditempatkan di Syurga kelak,,AMIN AMIN YA RABBAL AL AMIN...