Rabu, 4 Oktober 2017

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Pendidikan Untuk Yuran Pelajar UiTM Melalui KWSP

Assalamualaikum semua!

Selama ni diri sendiri tertanya-tanya macam mana lah nak settelkan yuran semester dengan menggunakan duit KWSP. Okay now, da dapat ilmu gaia turunkan kat sini. Semoga urusan kamu semua sentiasa dimudahkan.

1st Step : Portal KWSP  Klik disini

1) Klik pada Pengeluaran
2) Klik pada Borang  Pengeluaran 
3) i) Cari no.6
   ii) Kategori pengeluaran : lain-lain
   iii) Muat turun borang : KWSP 9H (AHL)- Pengeluaran Pendidikan
*Baca senarai semak dokumen yang diperlukan.
*kalau tak sure nak isi macam mana, boleh kosongkan dulu yang mana tak tahu.


2nd Step : Portal Pelajar Uitm Klik disini

1) Klik pada Student Financial Services (Fine Portal)
2) Klik pada e-KWSP
3) Klik  pada Pilihan Status Bil Belum Bayar
4) Klik  / Jana , muat turun & print surat pengesahan pelajar


3rd Step : Cawangan KWSP terdekat

1) Bawa :
- Borang Pengeluaran Pendidikan
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Tawaran dari Uitm
- Surat Pengesahan Pelajar



Kalau dokumen anda lengkap, jangka masa proses akan jadi mudah dan pendek. Macam gaia tadi ambil masa dalam 15 minit sahaja.


Lepas siap cap ibu jari kiri dan kanan, anda akan dapat surat ini dari pihak KWSP.
Waktu pemprosesan data adalah dalam masa 21 hari.  :)


Prosedur KWSP mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Jika anda baca post gaia ini tarikh nya agak terlalu lama cuba hubungi pihak KWSP yang terdekat terlebih dahulu. Jimatkan masa & tenaga anda daripada pergi ke KWSP, tapi dokumen tak lengkap, da kena pergi 2 kali. hahaha Tapi buat masa ini, ini prosedur yang terbaru.




Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!
                                                                  Keep Smile ^_^