Ahad, 15 Disember 2013

Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Assalamualaikum semua! salam 12 Safar,, sekejap je da bulan Safar kan? Bulan Oktober ary tu gaia dapat lagi panggilan temuduga dari SPA & dapat tahu result dalam awal bulan Disember ni jugakk..Mula-mula bila dapat tahu panggilan jawatan ini da start cuak da...yela sebelum ni pun gaia pernah pergi interview kat Menara Ansar, Johor.. Bila dapat surat panggilan tu tengok tempat interview pun kat situ jugakk...fobia-fobia,,, da la jawatan yang sama, pastu tempat yang sama,, aras yang sama..jangan bilik interview dengan penemuduga yang sama sudahhh...sereemmm sejukk rase...hahahaha.. tapi dapat different bilik & penemuduga..kebetulan housemate merangkap roomate gaia mase belaja kat poli melaka pun dapat jugakk same me me...tapi tempat interview dye kat melaka la & biase nya tarikh interview tu mesti gaia yang kena pi dulu baru dye.. ada sorang lagi roomate merangkap classmate gaia  poli melaka pun dapat jugak tapi kat terengganu..thank you kawan sebab sudi mention pasal gaia kat blog awok... hehehe bila baca entry tu  den ni macam syok sendiri jeekk.. Ouh yaa teringat pasal mention-mention ni gaia ada buat satu entry interview jugak gaia ada citer pasal calon yang gaia jumpa kat sana... tak sangka calon tu add gaia kat facebook (da jadik frend kat fb) heeee~~~ pastu cakap entry gaia tu kelakar.. yela dengan perangai 'tak siap' pi interview saje jekkk kan.. maap ye kak kalo gaia ade tertaip bukan-bukan kat entry tu...by the way akak baik sangat sebab share ilmu-ilmu tu.. :)  Boleh baca keseluruhan kisah benar kat sini

kasi taw result dulu la ye...


No. Kad Pengenalan :   
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)

No. Kad Pengenalan
Nama Penuh:  ROGAYAH BINTI RAMZAN
Kod SkimJawatanTarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
Maklumat Jawatan
   3461
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
28/10/2013   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  

Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA


Antara soalan cepu cemas kepada kawan-kawan gaia:

1) Perkenalkan diri
2) Suka matematik tak?
3) Background adik beradik
4) Kenapa pilih jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
5) Tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17


* sory gaia tak ingat sangat tapi salah sorang kawan gaia cakap siap boleh gelak-gelak lagi...oke la tu tak de la calon tertekan sangat kan?

Soalan yang ditanya kepada gaia:

1) Perkenalkan diri
2) Kenapa pilih jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
3) Tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
     jawapan : sini
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
4) Nyatakan jenis panjar yang anda tahu (based on job description)
5) Nyatakan laporan perbelanjaan kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2013 (based on job description)
6) Nyatakan Sistem Perakaunan yang digunakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Refer sini
7) Tuntutan yang penjawat awam boleh lakukan kepada pihak kerajaan. Refer sini
8) Apa langkah yang perlu diambil/lakukan jika perlu menyimpan fail-fail yang sulit & peribadi (P&C) di dalam peti besi?


Gaia ada tips lagi nak share:

1) Try bukak portal rasmi mana-mana jabatan yang related dengan jawatan korunk tu..contoh nya untuk jawatan ni portal jabatan akauntan yang gaia da attached link kat atas tu.. & maybe link ni pun boleh membantu Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia & Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam 
2) Kena tahu isu semasa macam sekarang banjir, sukan sea or Anugerah Industri Muzik (AIM) mungkin?
3) If ada kenal someone yang keje gov jawatan yang ang pa dapat jawatan interview tu pi tanya macam mana depa buat kerja.. dari segi sistem ka, pengurusan ka...apa-apa ja la..(hok ni tips daripada penemuduga tu sendirik taw) tapi tak de la mereka cakap slanga utara..saja kasi lain sikit..hehehehe
4) Dulu gaia ada buat entry pasal interview ni jugak,,kat entry tu gaia ada tulis yang kawan gaia dapat job ni.. Klik sini untuk baca kisah benar After dapat tahu pasal second interview ni gaia try la mintak tips kat dye, mula-mula dye cakap rileks, jangan gelabah, masa perkenalkan diri tu citer pasal pengalaman & aktiviti koko macam pasukan menari sekola @ pom pom girl,,sangat kelaka okayyy...hahaha.. Dye pesan lagi jangan tinggal Dhuha, ade rezki tak kemana...After gaia tahu dye dapat job ni gaia wish la kat dye & one more thing yang gaia salute kat kawan gaia ni dye stop chatting teruih pi solat awal..yela kami ni stay kat joho even though daerah lain-lain tapi, waktu solat tak de la jarak sangat..
5) Ada kawan gaia yang lain pun pesan Dhuha & Surah AL-Waqiah.. Petua isteri/bakal isteri sentiasa cantik : selepas solat isyak ambil segelas air, baca Al-Fatihah 1 kali, ayat kursi 1 kali, surah Al-Waqiah  ayat 35-38 7 kali, lepas bace semua surah tiup kan pada air & minum.. 
6) Ex-officemate gaia baru dalam 3-4 bulan keje tempat baru,, da kuar kete baru..wahhh murahkan rezki dye..dye cakap rajin-rajin la bace mathurat... baikkkkk! :) dalam mathurat tu ada doa yang Nabi Muhammad aja kan kepada Abu Umamah untuk bebas dari belenggu hutang.
7) mungkin solat hajat & solat istikharah pun membantu.. istikarah ni bukan nak mintak jodoh je..


~Istikharah~

-bukan hanya dilakukan hanya untuk membuat pilihan pasangan hidup akan tetapi untuk pilihan untuk memudahkan kehidupan seharian (nak kerja yang mana, nak cakap apa, nak pakai apa, nak makan apa)
-melakukan solat istikharah setiap hari ( sebaik-baik ibadah adalah secara istiqamah)
-lakukan sebelum tidur atau bangun sebelum subuh

petunjuk: 
1) jangan penuhkan minda dengan pilihan yang kita suka, kosongkan fikiran & fikirkan hanya ALLAH berhak memberi serta mengambil sesuatu dari kita
2) tidak semestinya petunjuk melalui mimpi, kadang kala sesuatu perkara tu nampak mudah, semua urusan berjalan dengan lancar 
3) ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa
4) jika selepas kita buat pilihan itu terdapat konflik, jangan berasa kesal kerana jika yang kita pilih itu contohnya pasangan hidup, manusia begitu sinonim dengan 'Ketidak sempurnaan nya' (ada hikmah disebaliknya, ALLAH tahu apa yang terbaik)
5) minta orang sekeliling yang rapat turut melakukan solat istikharah ( keluarga, terutama nya ibu bapa~ doa-doa la ye dapat menantu pilihan/ apa yang si anak tu hajatkan  )

  -3 Ustazah-


Kadang-kadang bila kita da usaha sehabis baik,doa,ikhtiar, tawakal tu semua..buat amal kebajikan kita masih tak dapat apa yang kita nak kan? Ada kaum yang belum Islam (Non-Muslim) buat amal kebajikan jugak & tak minta dengan ALLAH tapi perolehi kesihatan yang baik, kaya raya, bijak pandai..kita kena ingat, bila ALLAH tak bagi/kabulkan permintaan kita kat dunia ni..ALLAH simpan untuk kita kat Akhirat kelak..

''Dan orang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah yang rata, yang disangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, dan dia tetap mendapati hukum Allah disisi amalnya. Lalu Allah menyempurnakan perhitungan amalnya dan Allah sangat cepat perhitunganNya.'' (Surah An-Nur : ayat 39)

''Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.'' (Surah Al-Furqan : ayat 23)

Kaum yang belum islam ni dapat semua ganjaran  di atas amal kebajikan di dunia sahaja tapi tidak sedikit pun ada untuk di Akhirat :) ~Ustaz Taha Mohd Omar~


REZEKI MASING-MASING

         KEEP SMILE ^_^


12 ulasan:

Adam Haris berkata...

gaia.. sy dpt gak iv ptw.. result simpanan lantikan..

Rogayah Ramzan berkata...

adam: tahniah! ni kalo SPA ade next interview jawatan lain mesti adam boley dapat terus ni...hehehe

noly anna berkata...

salam. congrats dpt panggilan interview.semoga berjaya:)nnt free singgahla ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com

Rogayah Ramzan berkata...

noly anna: tq..ok done!

Adam Haris berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Adam Haris berkata...

rogayah : terima kasih :) tu lah mood menungu. tp adam ada 2 jawatan status simpanan lantikan.. klu blh biar yg pen.pemeriksa kilang n jentera dpt panggil dulu, blh lah bg yg W17 pada calon lain ^_^

visit ->

http://htagkorasa.blogspot.com/

Rogayah Ramzan berkata...

adam : wahh..caya la sampai dapat 2 jawatan skaligus!a'ah bia la adam dapat pen pemeriksa jentera tu yg w17 bagi kat gaia okeh....hahaha juz kidding~~eh jap2 yang w17 tu adam guna spm eh? ada pape nak share tips tak adam?

Adam Haris berkata...

rezeki kan... adam pun tak sangka.. tu lah klu blh bg mmg adam bg kat gaia w17 tu.. yg w17 tu adam guna diploma.. masa apply tu adam mmg tak harap sangat dpt sbb ade dip. kan ssh sikit tp tak sangka.. masa iv pn penal mcm tak nak bagi je.. lagi2 yang dari SPA mmg muka ketat je.. siap kutuk kaw2 lg adam.

nnti adam share pengalaman iv kat blog adam... k harap tahun 2014 ne ade rezeki.. amin..

nadirahanis berkata...

adam, gaia: sy pun dpt smpnn lntikan...

Rogayah Ramzan berkata...

Nadirahanis: wah tahniah!

faizah syakirah berkata...

gaia, iv dia dalam bahasa melayu ke bahasa inggeris

Rogayah Ramzan berkata...

Faizah syakirah : setakat ni, semua iv dalam bahasa melayu, tapi ada sorang kawan gaia iv dalam bahasa inggeris.