Ahad, 19 Januari 2014

SJK (C)

Assalamualaikum!

Happy sunday everyone...ada beberapa info yang gaia nak kongsi pasal SJK (C),, ape bende tu?? aaa ni la cek nak habaq mai kat ang pa..Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina),, kat tempat gaia ni gaia perasan since sekolah rendah lagi ada sesetengah masyarakat melayu yang hantar anak-anak dyeowg pi mengaji kat sekola jenis kebangsaan ni..Ada kawan gaia yang sama batch dengan gaia pun pi mengaji kat sana, bukan dye je tapi adik beradik dye pun same..Actually bagus sebenar nya kita pandai 3rd language selain bahasa melayu & English tak de la kita kena tipu ke hape bila ada buat urusan apa-apa dengan orang lain, event kat university pon kena amek 3rd language jugak kan,, so tak salah kalau nak tambah bahasa yang sedia ada tu jadi lebih banyak.. Tahu banyak bahasa ni pun berikan banyak advantange lebih-lebih lagi masa nak cari kerja dengan syarikat swasta.

Ada satu masa tu entah macam mana borak-borak boley terkeluar tajuk ni dengan beberapa orang chinese, so ni la masa nya nak korek jawapan yang da lama berguling-guling dalam kelapa otak ni..heeeee~~

Soalan: tak rasa susah ke budak-budak nak adapt kan diri dia dengan bahasa yang dia tak paham? means, yela kat rumah family cakap bahasa melayu, kat sekolah kena kawan-kawan & cikgu cakap bahasa cina.

Jawapan: Mula-mula daftarkan masuk tadika @ taska cina, jangan tiba-tiba terus daftar masuk darjah satu & paling sesuai daftarkan bila budak-budak berumur 3tahun ke atas.

Soalan: Budak-budak 3tahun oke ke? takut-takut wayar jadi sort sebab terkejut.

Jawapan: Tak lah, budak-budak ni lagi cepat belajar dari kawan-kawan, learning something new cabaran yang paling best bagi mereka.Kat situ ada pembantu cikgu orang melayu (Ermm macam tahu-tahu je gaia nak tanya pasal tu, yela biasa nya pembantu ni keje nya masak untuk budak-budak kan, so kena amek tahu jugak halal haram tapi tu kat tempat gaia, kalo tempat lain kena survey dulu yerrk kalo pembantu pun chinese jugak bawak kan bekal untuk mereka yang tu confirm selamat!)

Sepupu gaia pun anak dye sekolah SJK (C) (tak ada background ex-student SJK (C) either mak Or ayah.), so try continue research soalan kat atas tu.hehehe

Soalan: Yang sulung tu sekolah cina ea? Memang budak tu nak ke family yang suruh?

Jawapan: A'ahh, budak yang nak, kami tak paksa pun. Yang no.2 tu nak sekolah biasa je sebab dye takut tengok keje sekolah abang dye banyak sangat (parents yang bagus! budak-budak sekarang ada pilihan sendiri, yang mana support anak-anak tu bagus la..tang keje tu sekola tu memang tak dapat nafikan kadang-kadang dyeowg kena attend tuisyen...yela nak yang terbaik kan mesti la ada pengorbanan & usaha lebih sikit)

Soalan: Dulu hantar masuk tadika cina awal eh? kat rumah cakap bahasa melayu je kan?

Jawapan: A'ah, dalam umur 3tahun macam tu, kat rumah memang cakap bahasa melayu (da tu nak cakap bahasa korea ke gaia?hahahaha )

Soalan: Tak pe ke masuk sekolah awal? Habes tu macam mana dye nak buat keje sekolah kalo tak paham?

Jawapan: Budak-budak ni bila dah jumpa kawan-kawan cepat je belajar, lagi masuk sekola awal lagi bagus..bila tak paham nak buat kerja tu dia pergi rumah kawan dekat-dekat sini. parent kawan dye pun tak pernah sekola cina..tapi kawan dye memang pandai kat sekola dapat no.2.

Dulu kawan gaia yang sama batch ni pernah cakap dyeowg ada belajar subjek agama islam, once a week ada ustazah datang mengajar kat sekolah..gaia kenal kawan gaia ni bukan kat SJK (C) tapi kat sekolah agama, sesi pagi masing-masing dengan SK (Sekolah Kebangsaan) & SJK (C) tapi sesi petang kami pi mengaji kat sekolah agama..tak ada beza cuma dye tahu lebih 1 bahasa..Bak kata pepatah menuntut Ilmu hingga ke negara China, tak sampai ke China paham bahasa negara tu pun jadi la kan..heeee~~



DUNIA DAPAT AKHIRAT PUN DAPAT


                   KEEP SMILE ^_^





Tiada ulasan: