Rabu, 31 Disember 2014

2014

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah sekejap je da sampai ke penghujung tahun 2014..Dalam banyak-banyak tahun, rase nya tahun ni sebahagian azam gaia banyak yang tercapai walaupun dapat capai betul-betul hujung disember,berbanding taun-taun sudah azam ke mana gaia kemana...Anyway, Alhamdulillah! syukur sangat-sangat..

Terima kasih pada yang memahami, bagi semangat, yang mendoakan gaia..without kamu semua, I don't think, i can get all of what i want...heeeee~

Ada suara-suara cakap pada gaia ''untung la,,itu dapat, itu baru, ini baru, hok satu lagi pun baru''
Masa tu gaia cuma cakap ''Alhamdulillah, syukur rezeki ALLAH yang bagi''.. rezeki melimpah ruah november & disember ni..itu yang sedar, yang tak sedar such as udara, kesihatan, masa, umur yang diberikan selama 23taun hidup kat muka bumi ALLAH ni..

Be a positive person, sebena nya ada gaia bukan la seorang yang positif, tapi bila buka page-page laman sosial yang berunsurkan kata-kata positif makin la kata-kata tu inmum dalam diri..tipu la tak tersasar dalam landasan positif tu, tapi gaia cuba sikit demi sikit.. sampaikan ada cikgu memandu ajar gaia bawa kerete cakap ''Ini kalau failed lagi macam mana?'' (sebab da failed kali pertama, kos yuran lagi, masa lagi, tenaga lagi) gaia jawab, ''tak pe cikgu, kalau gagal ambil jela test lagi, kalau gagal bayar lagi yuran test tu'' (sambil senyum). cikgu memandu tu jawab balik ''saya tak pernah jumpa orang sepositif macam awak''. hahahaha cikgu tu tak tahu gaia ni kelam kelibut sebena nya tapi seboleh nya gaia try jadik positif, ''tak pe cikgu, kalau gagal, ini ujian buat saya''. 


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

AL BAQARAH :286

Tips nak dimurahkan rezeki:
Berzikir
Puasa sunat
Sedekah
Baca Al-Mathurat
Dhuha
Banyak bersyukur
Muhasabah diri
Istikarah (Minta ALLAH yang buat keputusan dalam semua perkara selepas usaha bukan istikharah  hanya minta jodoh ya!)
Tahajjud
Redha
Redha ibu bapa
Berfikiran positif
Bersangka baik
Baca AL-Quran & terjemahan
Dengar ceramah-ceramah agama (tv, video, radio, etc)
Jaga pancaindera dari melakukan maksiat

Terus terang gaia katakan tak semua perkara diatas gaia buat secara consistant tapi Alhamdulillah, ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang, ALLAH Maha Mendengar, Maha Melihat :)


Azam tahun depan sudah gaia senarai pendekkan tapi tula, mudah-mudahan ALLAH makbulkan bukan atas sebab gaia mahu tapi sebab gaia perlu...Ada perbezaan sama ada MAHU & PERLU, MAHU mungkin ALLAH bagi perkara yang gaia minta, tapi dalam masa yang sama kalo gaia tak dapat pun tidak beri mudarat kepada gaia..PERLU pula ALLAH tak bagi apa yang gaia minta tapi ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik walaupun pada permulaan gaia tidak sedar @ nampak hikmah yang ALLAH nak tunjukkan, namun ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berlaku.Banyak sangat perkara yang gaia PERLU daripada MAHU ALLAH bagi pada tahun ni, cuma gaia hanya sedar selepas muhasabah diri, tapi yang eroniknya gaia masih mampu tersenyum lebar, sebab apa? ALLAH pencipta seluruh alam, gaia sebagai hamba-Nya sepatutnya bersyukur dengan apa yang diberi. Macam seorang ibu & bapa mahu kan yang terbaik untuk anak-anak lebih-lebih lagi remaja remaji, nak main ini tak boleh, minta itu tidak dapat, pergaulan dikawal,sebab apa? Ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk mereka..Begitulah juga ALLAH, keep Husnozon :)

TINGGALLAH 2014, MOGA KEKAL DALAM INGATAN
YANG BURUK DISIMPAN, YANG BAIK DITERUSKAN
                                         ^_^ KEEP SMILE


Tiada ulasan: