Ahad, 8 Jun 2014

Fidyah

Assalamualaikum & Good morning semua!!

Memandangkan sudah masuk bulan sya'ban, next month ramdhan bagi sesiapa yang ada hutang puasa atau bayaran fidyah langsaikan segera ye! bagi anak-anak yang rasa ibu bapa mereka ada hutang fidiah tu kalo tolong langsaikan pun bagus juga..

Disini gaia ada serta kan link  Golongan yang dikenakan fidyah, klik je kat situ ye.. tapi dari portal negeri johor dan ini pulak Contoh permasalahan fidyah.. korang kena baca da fahamkan betul-betul  segala permasalahan tu yang mana satu permasalahan berkaitan dengan korang sebab senang nak buat pembayaran kat majlis agama nanti... sebagai contoh permasalahan 2 dan permasalahan 4, apa beza nye?nampak sama je bila baca sekali imbas tapi cara pengiraan adalah lain diatas sebab tertentu.. kalo rasa confius atau tak sure, better rujuk terus kat majlis agama face to face.. dari tersalah kemudian baik salah sekarang..kat majlis agama nanti pegawai tu akan tanya berapa hari si mati tinggal kan puasa, atau sebab apa tinggal puasa, berapa hari tinggal puasa dan pengawai tu akan tunjukkan cara pengiraan yang tepat.

Bayaran fidyah ni wajib lakukan apabila si mati ada tinggalkan harta melebihi keperluan waris, if bayaran fidyah tu lagi banyak dari harta yang ditinggalkan, maka waris hanya perlu bayar setakat tinggalan harta tersebut, akan tetapi jika waris nak teruskan pembayaran fidyah sehingga selesai adalah lagi baik..  Bayaran fidyah boleh dilakukan secara ansuran ataupun secara penuh..Jadi kalo yang kita ni nak tinggal puasa secara sengaja atau tak ganti puasa secara sengaja kena la beringat sebab bila kita mati ni 3 perkara je yang tinggal :

1) sedekah jariah
2) ilmu yang bermanfaat
3) doa anak yang soleh

masa tu kita da mati, tinggal la anak atau waris yang boleh langsaikan bayaran tersebut.. cuma adakah anak atau waris tu telah kita tinggalkan mereka dengan ilmu yang bermanfaat yang boleh membantu si mati itu sendiri..


DUNIA NAMPAK INDAH NAMUN AKHIRAT LEBIH NYATA INDAHNYA

                             KEEP SMILE ^_^


Tiada ulasan: