Ahad, 29 Disember 2013

Release Tension

Assalamualaikum!

Kalau kita asyik keje je pun boleh mendatangkan tekanan kan? so cara nak hilangkan tekanan tu manfaatkan la cuti umum yang sedia ada.. itu pun kalau dapat cuti, yang kene on duty tu memang tak dapek den nak nolong la yooo...

Okay..beberapa ary lepas gaia hang out dengan kawan, kami pi main bowling 2 round...fuhhh gaia rasa macam nak tercabut da jari-jari ni...Tu tak kira lagi yang bola masuk longkang jekkk..tak pasal-pasal dapat tittle Queen Of  Drain (Ratu Longkang)..Lagi kawan gaia tu cakap biasa nya main sampai 4 round, cukup-cukup la tu karang balik rumah tinggal badan je..tangan & kaki tertinggal kat pusat bowling.Well, indoor activity yang gaia tak minat sangat tapi bila orang yang belanja, dari tak minat jadik minat dengan terpaksa la kan...siapa yang tak nak something yang ada cop ''F'' ..hahaha..Taubat da lepaih ni tak mau main da bende alah tu..



Lepas pi main bowling, kami tengok wayang Jackie Chan 'Police Story 2013' citer ni best jugak..banyak kisahkan hubungan antara ayah & anak perempuan serta hubungan antara abang & adik perempuan..ke arah kekeluargaan dalam masa yang sama tanggungjawab seorang pegawai polis dalam menjaga keselamatan orang awam.

Lepas wayang, kami pi kedai buku popular pulak..ada yang cari novel, ada yang cari diari yela tahun da hujung tahun kan..Disebabkan bin (rak) diari & bin buku tulis sekola tu terletak berhadapan, gaia saje je la usik kawan tu..''Apa kata beli je buku tulis buat diari kan jimat ni lagi murah siap ada 80 muka surat + 4 buku lagi'' kawan gaia tu dah tergelak kat situ.. Ingat lagi bila sekola dulu buku latihan da sampai ke kulit belakang gaia stapler dengan kulit buku latihan yang baru..nampak bertingkek-tingkek la..Lepas gaia pegang & letak buku tulis tu gaia ambil balik, tengok-tengok buku tulis kotak-kotak -_-''.. haduhaiiiii camno nak tulis diari kalau berkotak-kotak?? buat buku 3 5x baya hutang la jawap nya hahaha...tapi kawan gaia tak de nye termakan hasutan gaia yang sangat-sangat tak berfaedah tu heeeee~~...Gaia tak suka sangat ber Diari sebab bila ada diari ni secara automatik nya gaia akan jadik pendiam, tak banyak cakap sebab bila ada diari ni mostly semua benda coretkan kat situ..kire nye diari da jadi BFF la.. Memang sometimes ada benda yang kita nak luah but maybe it's too secret, so that why they choose diary...Masing-masing ada opinion sendiri kan? it's your choice!

Banyak perkara boleh buat untuk release tension ni macam borak-borak, jalan-jalan, makan-makan, main game, kemas rumah,tidur seharian, window shopping, climbing ke @ anything yang korunk rasa yang bersesuaian dengan diri sendiri... Cuti itu perlu bukan sahaja meluangkan masa untuk diri sendiri tapi untuk juga orang sekeliling :)


Jika Jasad sedang bercuti,
Namun minda masih di tempat kerja,
Sebenarnya anda tidak benar-benar bercuti

Keep Smile ^_^


2 ulasan:

Unknown berkata...

salam.
hehe.
xpe nnt dh keje gomen mmg tiap tahun dpt diari free.
tu ha kt almari bertingkek2 xgune pon.
last2 diari buat catat minit meeting je haha

Rogayah Ramzan berkata...

Noly anna : Waalaikumusalam, bertingkek yerk? meh courier kat gaia sikit..hehehe