Isnin, 20 Mei 2013

Interview Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Assalamualaikum..

urmmm ary ni gaia update blog pasal interview Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA )..  kali ni untuk jawatan  Penolong Pegawai Tadbir Gred N27... Tempat interview kat Jabatan Kastam Johor, 15 Mei lepas.. dalam sesibuk dengan kerja.. gaia dapat tahu ramai jugak la kawan-kawan gaia yang dapat interview ni, kawan kakak gaia pon ade yang dapat jugak,sebab ramai kawan2 kakak yang lulus exam KPSL... peluang nak dapat kerja kerajaan ni macam 50-50 je sebab ade khabar angin calon yang dipanggil 60 ribu tapi jawatan tu hanya dalam 60 orang... kalo diikutkan memang tak berbaloi la kan sebab peluang nak dapat tu memang tipis lagi-lagi calon kat tempat gaia pegi ary tu majoriti degree holder, belum lagi calon-calon yang lagi... erkkkkk, tapi kalo kita tak cuba mana kita nak tahu kan?? betul tak??

ni antara soalan yang diberi:

  1. Perkenalkan diri anda (soalan wajib )
  2. Tugas-tugas yang dilakukan kerja anda sekarang
  3. Gaji pokok
  4. Boleh tahan lama ke keja kat tempat sekarang ( sebab gaia baru je start keje )
  5. Sebutkan tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
  6. Mengapa pilih jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
  7. Kekuatan anda ( dalam bm & bi )
  8. Maksud 1 Malaysia ( dalam bi )
  9. Mengapa pilih jawatan kerajaan
  10. Sanggupkah bertugas diluar kawasan johor
  11. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh untuk interview ni
  12. Yakin ke dapat kerja jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
  13. Apa yang anda tahu mengenai Gred N27
  14. Ada apa-apa soalan nak tanya kami (soalan wajib )


Disebabkan ini kali ke-2 gaia pergi interview, jadik confident level tu tinggi sikit tapi gaia still cakap laju,,entah la maybe nervous sangat kot...tapi macam biasa gaia masih lagi bawak resume , sijil-sijil yang dikehendaki siap tersusun dalam fail ( tolong ye para calon susun  & pastikan semua dokumen yang pihak SPA perlu sahaja ade dalam fail anda ) bukan ape nanti masa nak dafta tu kelam kabut orang yang dekat tempat pendaftaran tu susun, kalo boley jangan la susahkan mereka, kesian gaia tengok mereka,report latihan industri dan projek akhir semester pun gaia bawak untuk attachment, korang jangan risau kalo tak bawak pun tak pe, tapi kalo bawak tak sia-sia sebab mereka tengok jugak..kot-kot la boley jadik bonus mark kan..sape tahu..

sebelum keluar bilik inteview tu salah seorang penginteview tu panggil gaia dan dye cakap '' Awak kalo dapat & pergi mane-mane interview lepas ni jangan cakap laju sangat, susah kami nak tangkap percakapan tu & pakai la pakaian formal''. hah??oke kalo pasal cakap laju tu memang gaia mengaku la tapi pasal pakaian formal? urmmm tertanye-tanye jugak ni nak formal macam mane lagi ni sebab gaia pakai baju kurung, stokin, kasut...sume da lengkap..pastu gaia tanye balek ''formal?? macam mana tu encik??'' ( sebab penginteview tu 2-2 lelaki kan haha kemain ko gaia mengataiii, naseb xsempat gaia kenyit mata...hehe ''awak pakai baju bunga-bunga, tudung bunga-bunga ( trend sekarang tudung bawal pelangi yang ada bunga atas kepala ) lepas tu butang pun awak bunga-bunga, saya da tak pandang lain dah, asyik tengok tudung awak je '' ouhhhhh pasaiii tu rupa nye.... tersipu la kejap dengar komen macam tu, gaia pun tak perasan 1 badan da dililit bunga da ni...serupa minah bunga pun ada, kalo tak pun taman bunga....hahaha taman pun taman la gaia oiiii janji rock!! ehhh da pakai bunga-bunga ni nak rock pulak....ape pon tak boleyyy~~
pastu gaia siap cakap dengan selamba '' ouhh, tudung ini pun tudung mak, saya pinjam encik..'' lepas je cakap cam tu terus bedekah-dekah penginteview gelak...sebena nye mase jawap soalan-soalan tadi tu gaia ade buat lawak jugakk, tengok mereka tak de la serious sangat, so gaia berani la cakap macam tu...kalo tak mau nye kenapa halau siap2...hahaha

urmmm esok result untuk interview gaia yang pertama : Pembantu Tadbir      ( Kewangan ) Gred W17  akan keluar, berdebar pulak rase nye yela membawa harapan keluarga dan bangsa la katekan...bangsa la sangat gaia oiii,, keluarga je pun...tak pela segala keputusan yang diterima nanti gaia redha,, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk gaia...sampai sini jela entry kali ni...next time gaia update lagi yerk..nite!!


Percaya kententuan-NYA  adalah kunci kepada kesyukuran
~ALHAMDULILLAH~
                                                                               Keep smile ^_^

Result : http://ghaliah2002.blogspot.com/2013/09/duka-tapi-syukur.html


2 ulasan:

Nik Ariesya berkata...

Salam, dah dapat check ke keputusan temuduga pembantu tadbir tu?

Rogayah Ramzan berkata...

waalaikumussalam nik,, tak dapat cek lagi..ade yang kate ary ni baru nak update result,so esok la result keluar...Nik pon dapat jugak ke inteview tu?? nanti kalo da dapat result share2 la ea :)