Rabu, 22 Mei 2013

Peperiksaan Penolong Juruaudit Gred W27

Assalamualaikum...

Dapat lagi panggilan dari SPA lagi...hehehe Alhamdulillah murah rezki gaia,, kakak gaia cakap sebab berkat jaga mak...aikk??? berkat jaga mak?? gaia rase macam berkat mak jaga gaia jerkk hahahahaha  ( Since abes diploma ni gaia da menetap kat johor, duduk bawah ketiak mak )... tapi kali ni kena exam pulak....exam??? egatkan da abes belaja tak de lagi exam, rupa-rupa nye...hurrrmmm maleh la nak habak lahaiiii...Ok exam tu gaia pegi mase 18 Mei, ary sabtu tadi kat Hotel Sentral Johor, dekat-dekat jugak la dengan Menara Ansar tempat gaia interview untuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17..Mase gaia sampai je kat hotel tu terjumpa kawan kat poli melaka...yeahhh, mase inteview ptw17 jumpe kawan, mase exam ni pon jumpe kawan jugak!! baru je naik lobi hotel tu ade orang yang incharge exam cakap ''ok, yang mane no giliran bermula dengan 1102 sila naik ke tingkat atas untuk masuk ke Dewan Sri Mersing'' masing-masing dok kalut tengok balik surat panggilan exam tu,, gaia kat Dewan Astana, 1st Floor, naik-naik tangga je memang da jumpa da dewan tu kat lobi...tp kawan gaia tu dapat 2nd Floor ( Dewan Sri Mersing ) hurmmm..terus tak yeahhhh daaa la redo2...

Masuk-masuk dewan tu je da siap tersusun meja panjang lebih kurang sedepa dengan dua kerusi setiap satu meja,, kawan gaia yang amek exam ni kat melaka pun dye cakap meja kat sana susun macam tu..agaknya memang semua exam macam tu kot..oke,, now nak cerita pasal paper-paper yang gaia da amek...seriously sejujurnya, gaia rasa dalam banyak-banyak exam gaia pernah amek, exam ni la yang paling kejam, nak tahu kenapa??sebab masa yang diberi singkat sangat..kejam bagi gaia tapi mungkin ini strategi bagi pihak SPA, mereka mesti nak amek calon-calon yang mantopkan..yang ala-ala macam gaia ni urrmmm tak dapat nak nolong...huhuhu..oke, untuk kertas yang pertama pengetahuan am ada 50 soalan objektif masa yang diberikan 40 minit je...

antara soalan nya:
  1. Jawatan tertinggi dalam jabatan audit 
  2. Portal rasmi  jabatan audit yang boleh dicapai secara domain
  3. Tugas-tugas juruaudit
  4. Kongres kesatuan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam
Sory, gaia tak ingat sangat soalan-soalan yang lain..tapi kebanyakkan nya memang banyak pasal audit...ermmm gaia memang tak pernah amek subjek audit sebab gaia amek business lain la kalo kawan-kawan gaia yang lain sebab dyeowg amek accountancy..untuk kertas kedua pulak ada 40 soalan daya penyelesaian masalah & masa pun sama jugak 40 minit serta tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin kira yang sekarang lebih popular dengan nama kalkulator...erghhh nak mengira T.A.N.P.A kalkulator?? memang lambat cap siput la gaia jawab soalan matematik tu...

antara soalan nya:
  1. hasil tambah 1/2 daripada 1/4 daripada l/6 daripada 840 
  2. kira min 12,16,18,24
  3. Ahmad perlu bermesyuarat ke Batu Pahat yang mengambil masa 2 jam 30 minit dari pejabatnya dan masa untuk bermesyuarat adalah 1jam 45 minit serta ditambah dengan kesesakkan lalu lintas selama 25 minit. Ahmad sampai kembali ke pejabat pada pukul 3.15 petang. Pada pukul berapakah Ahmad bergerak dari pejabat pada awal perjalanan nya?
  4. lain-lain soalan matematik berdasarkan pengetahuan tahap SPM
Angka tu x igat tapi lebih kurang macam ni la soalan nye.. lepas jawab soalan untuk paper ni teruih rasa nak migrain...hahaha mana tak nye 1/4 dari soalan tu gaia tak sempat nak jawab, apa lagi hentam saje lorek-lorek jangan lorek...bukan gaia sorang je tak sempat majoriti calon pun same..
Oke untuk kertas terakhir penaksiran personaliti ada 185 soalan dan masa menjawab 1jam.

antara soalan nya :
  1. Anda amat berhati-hati apabila berjumpa orang baru anda kenali
  2. Anda amat mudah menceritakan hal peribadi anda kepada orang
  3. Anda mudah tidak sabar apabila perlu menerangkan perkara yang sama kepada orang yang sama
  4. Anda lebih gemar melakukan kerja secara bersendirian daripada berkumpulan
tips untuk pergi exam ni:
  1. Study la sikit-sikit pasal audit 
  2. bawa surat panggilan peperiksaan
  3. kad pengenalan
  4. peralatan menulis (pensil 2b, pemadam, dan pen )
  5. BORANG OMR- tulis n lorek no ic, no giliran, seksyen, kod peperiksaan, nama peperiksaan ( bahagian atas pakai pensil ), bahagian bawah tu calon kena koyakkan dan tulis tarikh, nama, no ic, seksyen, kod peperiksaan, nama peperiksaan, alamat dan tandatangan ( pakai pen ).. kene buat perkara yang sama kat ketiga-tiga paper tu ye..
  6. lepas baca soalan terus lorekkan jawapan kat borang OMR, tak kira betul ke salah, sempat ke tak sempat ke korang jawab, lorek je terus sebab memang tak cukup masa nak ulang balik baca soalan tu.
  7. Make sure borang OMR yang korang lorek untuk kertas ke-3 tu ade sampai  nombor 200, sebab gaia dapat borang OMR yang ada sampai nombor 80 je.. ( sebab penjaga peperiksaan salah bagi borang OMR untuk kertas 1 dan 2 ).. Nasib baik ada calon lain yang tanya kat penjaga exam tu...Biasa la manusia, tiada siapa pun yang sempurna kan ^_^
OOuuh ya, result ptw17 da boleh cek da ary ni & keputusan nya ialah :

No. Kad Pengenalan :   

Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)



Bottom of Form

No. Kad Pengenalan
:     
Nama Penuh
:  ROGAYAH BINTI RAMZAN

Kod Skim
Jawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
Maklumat Jawatan
   3461
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
10/4/2013   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

keputusan yang da dijangka sebenarnya..kalo usaha hang takat tu so hang dapat takat tu jela gaia oiiii...redo2,, tapi ade sorang kawan gaia yang study poli melaka course account dapat jawatan ptw17 ni...tahniah!!!!! dapat keja kat JPA Putrajaya,, errmmm merasa la shooping kat Alamanda ary-ary,, makan-makan, tengok wayang, bowling semua kat Alamanda,, sebab kat putrajaya tu ade 1 je shooping mall, kalo nak jauh sikit kena pi IOI Mall kat Puchong @ The Mines kat Serdang.tapi putrajaya best sebab tambang bas 50 sen je sekali naik tak kira la jauh mana pun tapi dalam area putrajaya jela... Rase jeles tentu-tentu la ada tapi disebabkan ramai jugak kawan-kawan seangkatan gaia tak dapat so, chill sikit la walaupunnnnnn chili je rase aty ni...hehehe..tengah rase chili-chili kan  ternampak pulak status kawan sekola menengah ''Tak perlu cemburu dengan apa yg dimiliki orang lain..keperluan kita berbeza..tambah semua nikmat pinjaman semata-mata''..ALLAH nak tunjukkan 1 kesedaran pada gaia kan...bila baca je status kawan tu, tak de da chili-chili da jadik cool macam duduk peti ais je rase...Oke, mungkin rezki gaia untuk Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, kalo tak pun untuk Penolong Juruaudit Gred W27.. ayat nak sedapkan hati je ni,,korang doa-doa kan la untuk gaia ea..hehe,,Daaaaaaa

ALLAH    Knows  Everything
   
                                                                      Keep Smile ^_^

result:
http://ghaliah2002.blogspot.com/2013/06/good-luck.html



Tiada ulasan: