Khamis, 27 September 2012

Kongsi kongsi kejap

Assalamualaikum kawan-kawan

Memang diakui waktu belajar adalah waktu yang paling, paling, paling SERONOK =), sebab xperlu penat-penat bangun pagi untuk membanting tulang 4 kerat mencari rezeki sesuap nasi. tapi sebenanya belaja ni kadang-kadang penat jugak lagi-lagi untuk pelajar semester akhir yang sibuk dengan projek akhir.. kalo bukan pelajar semester akhir p0n penat jugak kan dengan tugasan, kuiz dan ujian yang diberikan oleh pensyarah..




Korang pernah tak macam xde mood tanpa sebab, rase down @ loading + lemau sangat nak process data yang pensyarah tu dok ajaq kat kita dalam kelas?? saye ingin berkongsi ilmu ini dengan korang semua bukan rahsia saye tapi ape yang kawan saye amalkan credit to Yaya Dahlan =) Mungkin cara ini boley membantu, sape taw kan...


    
Selawat Tafrijiyyah


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. 

saye lebey suke buat sesuatu bende tu dengan menyanyi,, memang ramai orang cakap saye macam budak dan saye memang xkesah & tak akan marah..tak salah kalo guna pendekatan macam budak-budak tapi berhasil & berpanjangan isyaALLAH..

Usaha itu kan tangga kejayaan ^^

Tiada ulasan: